Kemalangan ngeri di Karak Highway, balik kampung Raya

Malaysiakini melaporkan sebentar tadi tiga maut manakala empat lagi - termasuk dua kanak-kanak - cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Encik Zulfadli Zakaria berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 4.55 petang itu, lapan mangsa lain terdiri pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan, selamat.

“Sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan serta empat kereta jenis Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru.

“Tiga mangsa menaiki Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi individu dalam kenderaan sama mengalami kecederaan.

“Selain itu, pemandu lori lima tan turut dilaporkan cedera,” katanya.

Zulfadli berkata, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa sebelum memberi rawatan awal kepada mereka yang cedera.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?