Pulak!!! – Himpunan Anti-Anwar – Protes “Rakyat Lawan Anwar”

Protes “Rakyat Lawan Anwar"

Antara yang dijangka akan bertempik di demo itu nanti ialah para penyokong dan kawan-kawan lama Anwar sendiri

Media tempatan melaporkan pihak penganjur menegaskan protes “Rakyat Lawan Anwar” yang dirancang pada 29 Jun di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan.

Menurut portal berita Malaysiakini pula, jurucakap pergerakan Demi Negara, Encik Aidil Yunus berkata mereka tetap tidak terpengaruh dengan 'ugutan' daripada kerajaan melalui siasatan terhadapnya dan dua ahli jawatankuasa penganjur, iaitu penyanyi veteran Puan Dayangku Intan dan penggiat media sosial Puan Siti Zulaikha Olivia. 

"Selaku PM, Anwar cakap kalau dah setahun minyak tak turun, kita turun ke jalan. 

“Kalau Anwar dah cabar kita turun ke jalan, jadi dah tiba masa.

"Kita dah bagi 18 bulan, dah lebih setahun. Sudah tiba masa kita turun ke jalanan dan perjuangkan hak kita, hak rakyat," kata Aidil yang dikenali sebagai YB Viral di media sosial berkata demikian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur selepas disoal siasat polis semalam.

Ini selepas Ketua PKR Putrajaya Encik Fitri Aziz memfailkan laporan polis pada Khamis (20 Jun) terhadap penganjur selepas pengumuman demonstrasi dibuat. 

Fitri dilaporkan berkata perhimpunan itu secara tidak langsung mengancam keselamatan negara, melabelkannya sebagai cubaan menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan dan mensabotaj rancangan pemulihan ekonomi negara.

Lapan tuntutan 

Sementara itu, Aidil berkata perhimpunan itu mempunyai lapan tuntutan yang mesti ditunaikan oleh pentadbiran Anwar. 

Antaranya ialah mengurangkan harga diesel, membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang disasarkan, memastikan sistem penjagaan kesihatan terjaga, menangani kenaikan kos sara hidup dan memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen. 

“Sebab (perhimpunan) lebih besar daripada kami, ia bukan tentang kami. Seseorang perlu bersuara (terhadap kerajaan). 

"Mungkin jika ahli parlimen pembangkang tidak boleh melakukannya, maka serahkan kepada kami. Kami tiada masalah. Kami akan melakukannya. Kami tidak mempunyai sebarang kepentingan politik,” kata ahli UMNO itu. 

Sambil menegaskan perhimpunan itu tidak mempunyai sokongan politik, Aidil mengalu-alukan orang ramai dan ahli parti politik untuk mengambil bahagian dalam protes itu. 

“Kami ada aktivis seperti (Ketua Penerangan Pejuang) Encik Rafique Rashid Ali dan beberapa lagi untuk menyertai kami. 

“Saya telah diberitahu bahawa PKR Melaka dan beberapa rakan lama Anwar juga akan datang. Ada di antara mereka akan berucap di perhimpunan itu, untuk mengingatkan dia (Anwar) tentang janji-janji yang dia buat sebelum ini,” tambah Aidil.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies