Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Memalukan kerajaan negeri Johor, kata Menteri Besar

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Tambak Johor sebagai memalukan kerajaan negeri.

Katanya, beliau telah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan menyelesaikan isu terbabit.

"Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

"Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera," katanya dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu media melaporkan CIQ BSI di Tambak Johor di Johor Bahru mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi.

Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cap pasport terpaksa dilakukan secara manual.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital