Beraneka formula ciptaan "Pakar Formula" Rafizi yang serba tidak menjadi

Rafizi Ramli

Kebolehan seseorang bercakap berapi-api di hadapan khalayak ramai, disambut sorakan dan tepukan bergemuruh tidak semestinya bererti orang itu sangat berbakat sebagai pemimpin, menteri, hatta perdana menteri.

Apabila orang itu diberi tanggungjawab, barulah dia akan tahu tinggi rendahnya langit, maka rakyat pun tahu siapa orang itu sebenarnya.

Kalau mendengar cakapnya yang seolah-olah serba pandai, orang lain serba tak betul, mahu rasanya rakyat biasa mendesak supaya dia dilantik menjadi perdana menteri seberapa segera yang mungkin. Malah ada penganalisis politik yang menaruh harapan tinggi kepada Rafizi Ramli sebagai bakal perdana menteri terbaik!

Dia dengan seorang lagi yang turut dianggap ramai penganalisis sebagai sangat berbakat, seiring dan selari dengan Rafizi, juga calon perdana menteri Kelas A (seandainya Rafizi tidak mahu jadi PM) yang bakal menggugat kedudukan Benazir Bhuto, Indira Gandhi, Golda Mier, Yingluck Shinawatra, Bandaranaike dan lain-lain. Siapakah gerangan itu? Tidak lain dan tidak bukan siapa lagi kalau tidak Nurul Izzah Anwar.

Rafizi dan Nurul adalah pengasas kempen Ayuh Malaysia. Ada juga yang tanya saya Ayuh Malaysia nak pergi ke mana?

Apakan daya, ku sangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Betapa kurang berbakatnya mereka berdua semakin menyerlah. Bercakap memang pandai, sehebat Isham Jalil yang kelihatan tersalah langkah dan kini menyepi.

Nasib baik PMX tidak melantik anaknya menjadi menteri melalui status kesenatoran, selepas tewas di parlimen Permatang Pauh pada PRU15.

Perlantikan Nurul sebagai penasihat ekonomi kepada menteri kewangan iaitu bapanya sendiri sudah cukup menimbulkan kemarahan awam. Bukan sahaja kerana dia anak perdana menteri, lebih dari itu, para pakar kewangan dan ekonomi tahu bahawa kelayakan, kemahiran dan pengalamannya belum sampai ke tahap itu.

Selepas beberapa minggu Rafizi menjadi menteri ekonomi, ketika itu rakyat sedang dibebani kos sara hidup akibat kenaikan harga barang keperluan, kerajaan perpaduan dikritik hebat. Rafizi mengumumkan dia sudah menyiapkan satu formula bagi mengatasi masalah tersebut. Dia dilaporkan berkata dalam tempoh dua minggu pembangkang akan terduduk kerana semuanya beres.

Hasilnya apa, hasilnya bukan sahaja harga barang terus mahal, malah beberapa barang keperluan tiada dijual di kedai dan pasar raya untuk dibeli. Mahu tidak orang ramai tak panik. Siapa sebenarnya terduduk?

Gambar lama diambil dari MalaysiaNow

Mungkin kerana itulah mendorong Datuk Seri Mohamad Sabu dan beberapa rakan termasuk Datuk Seri M Saravanan terbang ke India untuk membeli telur😂.

Semalam, portal berita paling sensasi sejak dilaporkan pernah disekat SKMM siarannya, MalaysiaNow merujuk satu hantaran Facebook seorang pemimpin UMNO yang dikenali lantang.

Nak dengar cerita sedap?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi... dia dengan Rafizi Ramli pun lebih kurang sama.

Portal berita yang dilihat pro-pembangkang MalaysiaNow melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi semalam melemparkan sindiran terhadap Rafizi Ramli, berkata menteri ekonomi itu gagal menangani isu ekonomi rakyat dan mencadangkan beliau ditukarkan dengan portfolio baru di tengah-tengah perbincangan mengenai rombakan Kabinet.

Puad, yang sebelum ini bertelagah dengan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berhubung prestasi Rafizi sebagai menteri ekonomi, berkata ahli Parlimen Pandan itu antara yang perlu ditukar sekiranya rombakan Kabinet berlaku.

“Rafizi masih gagal menawarkan formula luar biasa untuk ekonomi rakyat.

“Setakat formula masak dan makan di rumah itu biasa biasa,” katanya dalam kiriman di Facebook.

Puad merujuk kepada kenyataan Rafizi baru-baru ini yang mengaitkan masalah kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia dengan "ketagihan" untuk makan di luar. 

“Di negara lain, makan di luar dilihat sebagai perkara riadah. Kita membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli bahan mentah, memasak, dan memakannya, sekali-sekala, kita akan keluar (untuk makan),” MalaysiaNow memetik Rafizi sebagai berkata kepada portal berita pro-kerajaan Malaysiakini.  

Rafizi juga menyalahkan "dasar masa lampau" untuk beralih daripada pertanian serta pengangkutan awam yang lemah, yang katanya memaksa isi rumah untuk terus hidup dengan membeli makanan.

“Ia juga mengenai masa yang diluangkan oleh orang ramai untuk pergi dan balik dari tempat kerja, dan berapa banyak masa yang ada apabila mereka pulang dari kerja untuk menyediakan makanan.

"Jadi ini semua perkara yang saya fikir adalah akibat yang tidak diingini daripada banyak dasar masa lalu," katanya dipetik sebagai berkata.

Tahun lalu, Rafizi juga berkata orang ramai harus mengelak daripada membeli ayam apabila harga ayam meningkat sehingga mencetuskan kecaman di media sosial. 

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet bertiup kencang tahun ini, ketika kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghampiri ulang tahun pertamanya. 

"Formula Pelancongan"

Sekiranya berlaku perubahan, Puad berkata Rafizi perlu ditukarkan ke Kementerian Pelancongan.

“Elok Rafizi diberi peluang kemuka ‘formula pelancongan’ pula. 

“Mana tahu berkesan. Mungkin Rafizi akan jadi menteri pelancongan terbaik.”

Puad juga mengkritik Rafizi pada Jun lalu, menyebabkan perang mulut dengan Asyraf yang berkata sebarang kelemahan dalam kerajaan adalah tanggungjawab kolektif. 

Beliau berkata pemimpin UMNO yang mengkritik gabungan kerajaan yang menjadi sebahagian daripadanya adalah sama seperti "menembak kaki sendiri". 

Tetapi dalam respons tegas kepada Asyraf, Puad mempersoalkan sama ada Rafizi tidak boleh dikritik, dan mengingatkan bagaimana timbalan presiden PKR itu pernah "menghasut".

“Apa maksud tembak kaki sendiri? Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? 

“Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” tambahnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh,
Penolong Pengarang


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar