Pencerahan dakwaan manipulasi titah Sultan Perak sokong PAS melalui siasatan PDRM

SULTAN PERAK DILAPORKAN TIDAK MEMIHAK

Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 20 laporan berhubung penularan video membabitkan petikan sebahagian kecil titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dikhuatiri dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan meraih sokongan politik.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua laporan diterima pihaknya sejak semalam selepas video terbabit tular baru-baru ini.

"Kita sahkan sehingga kini ada 20 laporan polis diterima di Perak terhadap seorang wanita dan laporan polis yang pertama terkait dengan kes ini dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

"Siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.

Baru-baru ini, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat seorang wanita dipercayai pimpinan Muslimat PAS Melaka memetik di luar konteks sebahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti PAS.

Semalam media melaporkan wanita itu cuba mengetengahkan pandangan Sultan Nazrin terhadap PAS dan petikan video terbabit sebelum ini pernah dimuat naik di Facebook Dewan Muslimat PAS Melaka 11 November 2022.

Sementara itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dalam kenyataan hari ini berkata video yang ditularkan itu merupakan petikan sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan ‘Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari 2013.

Justeru, beliau berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis Sabtu lepas berhubung tindakan wanita terbabit memuat naik klip video tersebut yang mengaitkan Sultan Nazrin, dikatakan bagi tujuan meraih kepentingan politik.

Dalam perkembangan sama, beberapa ahli DAP hari ini membuat laporan polis berhubung kes tersebut, di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur Mohamad Norriduan Mohamed Idrus berkata klip video yang telah diolah itu secara tidak langsung mengheret kedudukan raja pemerintah bagi tujuan politik kepartian dan secara jelas mencemarkan nama Sultan Nazrin.

"Cara klip video itu diolah yang mengaitkan institusi diraja bertujuan untuk memperlihatkan baginda seolah-olah menyokong parti mereka sedangkan institusi berkenaan merupakan satu daripada kuasa semak dan imbang tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis itu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri