Menteri kontroversi disiasat pihak berkuasa agama Islam Selangor

Fahmi Fadzil berucap di dalam masjid di Kuang, Selangor. Ketua penerangan PKR itu berkata beliau dijemput oleh masjid untuk menjelaskan insiden 'bercium pasangan gay' semasa konsert di Sepang pada 20 Julai. (Gambar dan penerangan dipetik dari MalaysiaNow siaran hari ini)

Media tempatan hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan siasatan selepas menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial berkenaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang, semalam.

Menurut FMT, Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“Jais menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Shahzihan mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada dalam masjid dan kawasan rumah ibadat itu, bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan Mais,” tegasnya.

Sementara itu, MalaysiaNow turut melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak menggunakan masjid untuk tujuan berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sehari selepas Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dirakamkan berucap di dalam sebuah masjid di Kuang, Selangor.

"Ahli politik yang didapati menggunakan masjid / surau di Selangor dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh DYMM Sultan Selangor dan Mais dianggap menghina, mengingkari dan melanggar titah DYMM Sultan Selangor dan ketetapan MAIS serta boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995," kata Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata parti politik dilarang menyampaikan ucapan, syarahan atau khutbah, serta mengedarkan risalah dan poster di kawasan sekitar masjid.

Ini adalah amaran kedua yang dikeluarkan oleh Jais dalam tempoh hanya beberapa hari, kerana PRN semakin hangat di Selangor, yang akan menyaksikan beberapa pertembungan terbesar antara Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Semalam, gambar Fahmi, yang juga menteri komunikasi dan digital, bercakap kepada sekumpulan kecil jemaah di dalam sebuah masjid di Kuang dimuat naik di laman Facebook yang dikaitkan dengan PAS.

"Calon BN pun turut ada sekali. Apa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi mengenai perkara ini. Jangan kerana team diaorang (pasukan mereka) jadi caretaker gov (kerajaan sementara), korang buat diam saja. Buktikan kita telus," demikian menurut kiriman di platform media sosial itu.

Fahmi dalam jawapannya berkata beliau mengunjungi masjid itu untuk menunaikan solat Zohor, sambil menambah ia paling hampir dengan lokasi programnya. 

Fahmi juga mendakwa beliau "dijemput" oleh jemaah masjid untuk memberikan komennya mengenai insiden bercium pasangan gay membabitkan kumpulan muzik Britain The 1975.

"Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah Masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975. Tiada langsung sentuh isu lain. Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan," kata Fahmi.

Beliau juga berkata seorang saksi sebelum ini memuat naik video ucapannya, hanya diturunkan oleh pemilik Facebook "untuk meneruskan persepsi jahat dan fitnah terhadap saya". 

Namun penjelasannya mengundang lebih banyak reaksi negatif di laman Facebooknya. 

"Jangan ingkar dengan perintah tuanku, Fahmi Fadzil. Patuhi sahaja," kata Mohd Shahrizan.




End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri