Sudah beri lanjutan, Anwar minta sebulan lagi, Mahathir tolak


Portal berita tempatan MalaysiaNow melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menolak permohonan masa lanjutan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab notis tuntutannya yang menuntut perdana menteri itu menarik balik kenyataan didakwa memfitnahnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023. 

Peguamnya, Rafique Rashid memberitahu peguam mewakili Anwar mengutus surat kepada pihaknya dan mahkamah dengan memaklumkan mereka perlu masa tambahan selama satu bulan untuk memfailkan notis pembelaan.

Bercakap kepada portal berkenaan, Rafique berkata surat itu dihantar pada 29 Mei, dua hari sebelum pengurusan kes pertama yang sepatutnya berlangsung pada hari ini. 

"Pada hari yang sama juga kita berjumpa dengan Dr Mahathir dan beliau tak benarkan lanjutan masa," katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. 

Sebelum ini, peguam Anwar dari Tetuan Thomas Phillip memohon masa hingga 17 April untuk menjawab notis tuntutan yang dikemukakan Mahathir pada 27 Mac lalu.

Katanya lagi, Mahathir enggan memberikan tambahan masa kerana dua sebab utama.

Pertama, katanya, bekas perdana menteri itu pernah memberikan lanjutan masa selama dua minggu ketika diminta oleh Anwar.

Kedua, kes saman fitnah tersebut sudah diketahui umum dan melibatkan kredibiliti seorang tokoh awam negara. 

"Maka Mahathir minta dipercepatkan dan tak beri lagi masa tambahan."

Pada 4 Mei lalu, Mahathir mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: "Pelaksanaan Sebuah Idealisme" pada Mac lalu.

Mahathir berkata, ia memberi gambaran yang amat buruk terhadapnya dan adalah satu fitnah, melainkan Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mendapat berbilion ringgit dan melarikan duit itu ke luar negara serta tidak membayar cukai.

Katanya, meskipun pernah melemparkan tuduhan hampir sama sebelum ini (sebelum menjadi perdana menteri) tetapi Anwar kini ialah perdana menteri yang mesti bertanggungjawab dan tidak boleh membuat tuduhan dengan begitu saja tanpa bukti jelas.

Mengulas lanjut, Rafique memberitahu pihak mahkamah juga memberikan tempoh waktu dua minggu dari sekarang kepada Anwar dan pasukan peguamnya untuk memfailkan notis pembelaan.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar