Lawyers for Liberty kritik Anwar seolah guna polis untuk lindung reputasi peribadi
Anwar Ibrahim |
Lawyers for Liberty (LFL) mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan fitnah jenayah, yang merupakan kesalahan yang membawa hukuman penjara.
Muhyiddin Yassin |
Pengarah LFL Zaid Malek berkata tindakan itu memberi kesan kepada amalan menyuarakan kritikan yang sah terhadap kerajaan.
Zaid Malek |
Beliau berkata Anwar sepatutnya menggunakan mahkamah sivil untuk membersihkan namanya daripada dakwaan Muhyiddin.
"LFL berpandangan laporan polis yang dibuat setiausaha politik perdana menteri sebagai mengejutkan dan tidak demokratik. Jelas, laporan itu tidak boleh dibuat tanpa kebenaran Anwar.
Video terbitan Malaysiakini
"Tujuan laporan itu jelas untuk menutup kritikan terhadap Anwar oleh Muhyiddin dan mungkin orang lain juga yang ingin mengkritiknya," Malaysiakini memetik Zaid Malek sebagai berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Isnin lalu, Muhammad Kamil Abdul Munim, setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan, membuat laporan polis terhadap Muhyiddin atas dakwaan membuat kenyataan fitnah terhadap Anwar.
Laporan itu berkaitan dakwaan Muhyiddin bahawa dia menjadi mangsa pendakwaan politik dan salah guna kuasa kerajaan, berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadapnya.
Menurut Zaid, tindakan perdana menteri atau mana-mana menteri menggunakan jentera kerajaan untuk menghalang sebarang kritikan yang "mewujudkan persepsi negatif" - seperti yang disebut Muhammad Kamil - adalah "zalim, tidak mengikut undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan".
Jika perdana menteri atau mana-mana pihak dalam kerajaan merasakan dirinya difitnah, jalan yang betul adalah membawanya ke mahkamah, kata Zaid.
"Adakah Anwar telah lupa ketika era (Datuk Seri) Najib Razak, PH yang menjadi pembangkang ketika itu berdepan dengan siasatan sama kerana mengkritik Najib?
"Adakah Anwar dan gabungan politiknya tidak belajar apa-apa daripada tekanan yang mereka hadapi?"
Beliau berkata laporan polis itu mewujudkan duluan yang bahaya kerana tindakan sama boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan, seterusnya menjadikan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak bermakna.
Tugas polis bukan untuk melindungi imej atau reputasi perdana menteri mahupun kerajaan pimpinannya
"Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa tugas polis bukan untuk melindungi imej atau reputasi perdana menteri mahupun kerajaan pimpinannya. Tugas mereka adalah melindungi orang awam daripada jenayah dan menjaga ketenteraman awam.
"Kerajaan yang matang dan demokratik menjawab kritikan secara terbuka, bukan cuba memenjarakan pengkritik mereka," katanya lagi.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
You are supposed to be a member of a group called Lawyers for Liberty! Yet you have publish this biased response to what I considered as your personal and/or the groups opinion about the Actions of MACC to carry out an investigation against a former Prime Minister of Malaysia who has left lots of unanswered question regarding his actions taken during his short approximate term of 2 years as PM. You took it upon you goodself to point fingers at our PMX and accused him of having used MACC to "illegally" carry out investigations against this ex PM8!! So pray do tell us where and what gives you the right to slander our PMX of such unethical actions against the ex PM8?? I think you owe it to yourself as well as the Lawyers of Liberty to tender and apology to PMX for making such preposterous unfounded acussations against him and his cabinet!! Where is your sense of righteousness in making unsubstantiated accusations against PMX?? If you have proof, please share it with all Malaysians!! Otherwise, please appolgise and do the rightful!!
ReplyDelete