Sayup laungan reformasi dibimbangi terus lenyap dan senyap

Dilema Anwar Ibrahim 

Menerusi satu hantaran di Facebook semalam, Isnin 16 Januari, 2023, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR/Pakatan Harapan) memberi gambaran bahawa reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas sekiranya kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih diteruskan.

Anwar dikhuatiri lemas dan akhirnya tumbang

Hassan Karim

Menurut Sinar Harian, Hassan berkata, imej Pakatan Harapan (PH) melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membawa agenda reformasi turut tercemar setelah Ahmad Zahid yang sedang dibicara di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Pada hemat saya, Barisan Nasional (BN)-UMNO dari kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah ini boleh diibaratkan sebagai virus yang sedang menjangkiti Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH).

"Tiada vaksin untuk menawar racun toksik ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” katanya. 

Kelmarin, Ahad 15 Januari, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayangkan Ahmad Zahid sebagai 'beban' bukan hanya kepada partinya, tetapi juga buat PH dan Kerajaan Perpaduan.

Beliau menegaskan, keputusan dibuat melalui PAU 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging buat UMNO, PH dan kerajaan.

Jelas Hassan, hasrat Ahli Parlimen Tambun untuk mewujudkan satu pentadbiran kerajaan yang berintegriti, mendapat restu dan dipercayai rakyat juga tidak dapat direalisasikan. 

"Dalam satu segi, komitmen Anwar untuk membawa tata kelola yang baik di dalam pentadbiran kerajaan tidak dipertikaikan oleh rakyat. Berpuluh tahun majoriti rakyat mimpikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tetapi realiti yang wujud di siang hari bukannya mimpi indah itu tadi. Realitinya berbeza sama sekali.

"Inilah dilema Anwar. Tolak kerjasama dengan BN-UMNO yang dipimpin oleh TPM bererti kerajaan Anwar tumbang. Anwar hilang jawatan. PH hilang kerajaan. Ramai yang akan meroyan,” ujarnya.

Tambah beliau, meskipun sekiranya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Ahmad Zahid tidak bersalah dan dilepaskan, sebahagian rakyat tetap akan menyalahkan dan menuduh Anwar telah campur tangan dalam keputusan itu.

"Walhal keadaan yang sebenarnya mungkin Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana beliau tidak campur tangan urusan mahkamah seperti janji tegasnya selama ini yang mahu sistem mahkamah berfungsi dengan bebas. Fitnah ke atas Perdana Menteri akan terus berlaku,” jelasnya.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan