Pakar ekonomi anggap perlantikan Nurul Izzah keputusan yang bijak

The Edge Markets melaporkan bekas penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Jomo Kwame Sundram berpandangan perlantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu liabiliti (bebanan).

Dr Jomo Kwame Sundram

Menurut Dr Jomo yang juga seorang pakar ekonomi berwibawa, meskipun ramai tidak bersetuju dengan perlantikan itu, namun naib presiden PKR itu menunjukkan kebebasan politik serta dasar yang baik sepanjang karier politiknya.

"Saya juga tidak minat perdana menteri menjadi menteri kewangan. Saya juga tidak minat perlantikan ini (Nurul Izzah). Tetapi setelah mempertimbangkan semua hal, reaksi terhadap perlantikannya tidak wajar.

"Dalam dunia ideal, saya tidak akan menganjurkan ini. Tetapi dia memiliki tahap kebolehan yang banyak orang tidak tahu," katanya yang turut dipetik Malaysiakini

Kelmarin media melaporkan Nurul Izzah yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada bapanya.

Perlantikan bagi jawatan berkenaan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Tindakan Anwar melantik Nurul Izzah itu bagaimanapun dikritik pelbagai pihak yang beranggapan ia `berbau’ nepotisme dan gagal memenuhi aspirasi tadbir urus yang baik.

Mengulas lanjut, Dr Jomo berkata, dakwaan Nurul Izzah tidak layak untuk mengisi jawatan itu juga menggambarkan diskriminasi jantina dalam dunia politik Malaysia.

Dr Jomo Kwame Sundram membandingkan Nurul Izzah dengan budak tingkat 4 Khairy menantu Pak Lah dan Mukhriz anak Mahathir

Bahkan katanya, bekas perdana menteri sebelum ini juga pernah membantu serta melantik anak dan menantunya.

"Bila perdana menteri keempat (Tun) Abdullah Ahmad Badawi memilih menantunya Khairy Jamaluddin, saya tidak rasa banyak orang mengangkat masalah itu sewaktu dia (Khairy) mengendalikan 'tingkat keempat' tersebut.

"Begitu juga sewaktu Mahathir Mohamad membantu anaknya (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir dalam kerjaya politiknya, saya tidak dengar perkara ini diperkatakan. Adakah sesiapa yang bertanya tentang ini?” soalnya.

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?