Kerajaan Malaysia, 3M, 1W dinamakan defendan kes saman berkaitan projek keretapi laju

 Empat individu 3M - Mahathir, Muhyiddin & Mustapa dan 1W - Wee Ka Siong serta Kerajaan Malaysia menjadi lima defendan dalam satu saman yang difailkan hari ini

Dr Mahathir Mohamed
Bila nama Anthony Loke tiada dalam senarai defendan, orang ramai boleh meneka siapa dalang di belakang tabir

Bernama melaporkan seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan cuai berhubung penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Mohd Hatta Sanuri, 47, yang memfailkan saman itu menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail pada 30 Dis tahun lepas, turut menamakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan selaku defendan pertama hingga kelima.

Muhyiddin Yassin

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan.

Anthony Loke Siew Fook (kiri) dan Dr Wee Ka Siong

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta selaku plaintif mendakwa Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR, menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Mustapa Mohamed

Plaintif juga mendakwa Muhyiddin, yang ketika itu perdana menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui. 

Dakwa plaintif, Mustapa, yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu telah melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek tersebut sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan sebanyak RM46 juta.

Selain itu, Mohd Hatta mendakwa Wee juga cuai semasa menguruskan projek tersebut yang merupakan pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320,270,519.24 kepada rakyat Malaysia sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah selain memohon deklarasi kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.

Projek tersebut dijangka menyediakan tiga servis utama iaitu perjalanan secara langsung antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, servis domestik di Malaysia dan perkhidmatan shuttle dari Iskandar Puteri (Johor) sehingga Singapura.

Pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 2 Februari ini di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?