Undi Percaya Anwar boleh menjadi Undi Tak Percaya pada 19 Disember ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap mengambil langkah harakiri jika akhirnya dia memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri atau memberikan sebarang jawatan dalam kerajaan kepada presiden Umno berkenaan, Malaysiakini melaporkan mengenai sebuah artikel tulisan wartawan veteran hari ini di blog beliau. 

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin (gambar, atas) berkata langkah tersebut - jika diambil Anwar - hanya akan memberikan imej buruk kepada kerajaan ketika ia mula mendapat sokongan lebih ramai pihak.

“Tapi jika dia lakukannya, dia (Anwar) akan membuat tindakan harakiri.

“Dia akan hilang sokongan daripada penyokongnya sendiri dan membuatkan penyokong atas pagar - yang mula suka kepadanya - menjauhkan diri daripadanya,” kata A Kadir.

Harikiri merupakan amalan tradisional Jepun yang melibatkan perbuatan menikam atau memburaikan isi perut seseorang kerana berasa aib atau menerima hukuman mati.

Enam hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, orang ramai sedang tertunggu-tunggu susulan berakhirnya PRU15 pada 19 November lalu. 

Ia semakin mendebarkan kerana Anwar berjaya menjadi perdana menteri melalui sokongan yang diberikan BN secara en bloc apabila Pakatan Harapan (PH) gagal memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid merupakan pengerusi BN dan presiden Umno. Bagaimanapun dia kini berdepan dengan perbicaraan kes di mahkamah.

Sudah bersusah-payah selama 25 tahun nak jadi PM

Zahid diarah membela diri untuk 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi.

Pada masa sama sejumlah pemimpin kanan dalam Umno-BN menunjukkan penentangan terhadap langkah Ahmad Zahid memberikan sokongan kepada Anwar dan PH.

Menurut A Kadir, kenyataan Anwar yang menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dia memasuki pejabat dan mengecilkan saiz kabinet merupakan tindakan yang positif.

Sekelip mata Anwar dipandang serong

“Tapi jikalau dia bawa masuk ‘kawan lamanya’ ke dalam kabinet, sekelip mata saja dia akan memburukkan imejnya sebagai seorang reformis dan seseorang yang berpendirian teguh terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti," katanya.

Lantik pemimpin ada kes jenayah rasuah seperti Zahid dan Lim Guan Eng dianggap penghinaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong PH

Tambah A Kadir, langkah tersebut juga akan dianggap satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong PH pada dua PRU lalu selepas percaya kepada prinsip gabungan tersebut mahu membina kerajaan yang bersih.

“Ayuh kita doakan dan berharap agar Anwar akan memilih untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti negara berbanding pertimbangan politik jangka masa pendek dan kepentingan diri sendiri.

Tak mustahil Anwar cipta sejarah sebagai PM Malaysia paling sekejap

“Memandangkan dia telah bersusah payah untuk mencapai ke hari ini, dia tidak sepatutnya buang begitu saja peluang keemasan yang ada,” katanya.

Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.

End©Permadu

 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023