Mariam Mokhtar persoal Najib masih terima gaji dan elaun ahli parlimen
Salam Sejahtera.
Persembahan video dari Mariam Mokhtar kali ini memperkatakan tentang seseorang ahli parlimen yang sudah dihukum dan menjalani hukuman penjara tetapi masih menerima gaji dan semua elaun tanpa melakukan apa-apa kerja kerana sudah menjadi banduan.
Bagaimanapun, pengkritik terkenal ini tidak dapat mengesahkan samada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih menerima gaji dan semua elaun sejak 23 Ogos, 2022 iaitu tarikh beliau mula menjalani hukuman penjara.
Di dalam video ini, Mariam mengemukakan lima isu yang tidak mewajarkan seseorang penjenayah menerima gaji dan semua elaun setelah tidak lagi dapat berkhidmat sebagai ahli parlimen.
Mariam turut memberi pencerahan mengenai jumlah wang gaji dan elaun yang diperolehi oleh seseorang ahli parlimen dan menteri, di mana semua ini ditanggung oleh rakyat.
TONTON👇VIDEO





Comments
Post a Comment