Daulat Tuanku, KDYMM Sultan Pahang

Allah Lanjutkan Usia Sultan Pahang 

Hari ini, Sabtu 30hb Julai, 2022 bersamaan 1hb Muharram, 1444 Hijrah, seluruh rakyat Pahang menzahirkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.

Sekaligus, rakyat negeri Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang ke 63.

Tidak ketinggalan merakam rasa bersyukur dan menzahirkan ucapan ialah EXCO Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.

Doa rakyat Pahang 

"Patik serta pacal-pacal sekalian mendoakan  moga-moga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kesihatan yang afiat, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat pemeliharaan-Nya, kekal karar bersemayam di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur," kata Mohd Sharkar yang juga ADUN Kawasan Lanchang itu.

Daulat Tuanku !



 End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar