Imam masjid akui berdebar jumpa girlfriend 50 tahun terpisah

Umpama mimpi dalam mimpi... 💝

Pertemuan semula Amir Hassan, 72 dan Siti Aminah Hashim, 69,  berlangsung kira-kira dua jam berjalan dengan lancar setelah terpisah selama 50 tahun di rumah di Felda Bukit Batu, Kulai. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

...berdebar masa nak jumpa... 💖

Pertemuan semula Amir Hassan, 72 dan Siti Aminah Hashim, 69,  berlangsung kira-kira dua jam berjalan dengan lancar setelah terpisah selama 50 tahun di rumah di Felda Bukit Batu, Kulai. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

"Ia umpama mimpi indah, hari ini (semalam) Allah merahmati pertemuan kami dan termakbul hajat saya untuk menyampaikan hadiah.

"Sejak malam tadi (kelmarin) saya berasa debaran luar biasa. Alhamdulillah, jiwa saya tenang selepas bertemu dengan Siti Aminah," kata Amir Hassan, 72.

Tonton video 📸:.👇

Amir berkata, dia bersyukur kerana pertemuannya dengan Siti Aminah Hashim, 69, yang berlangsung kira-kira dua jam berjalan lancar mulai 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, semalam.

Menurutnya, dia terharu dengan keterbukaan keluarga serta jiran Siti Aminah di Felda Bukit Batu di sini yang menyambut kunjungannya dengan penuh kemesraan.

Ucapan salam menusuk kalbu 

Katanya, detik Siti Aminah menyambut salamnya ketika tiba di rumah dihuni wanita itu tidak dapat dilupakannya. 

Pertemuan semula Amir Hassan, 72 dan Siti Aminah Hashim, 69,  berlangsung kira-kira dua jam berjalan dengan lancar setelah terpisah selama 50 tahun di rumah di Felda Bukit Batu, Kulai. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

"Walaupun rupa dan suara merdu Siti Aminah sudah berubah, namun adab serta kesopanannya sama seperti dahulu.

"Pertemuannya kami tidak lama, namun saya mahupun Siti Aminah bersyukur dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup kami.

"Dia sebak apabila saya meminta maaf atas kesilapan lampau termasuk tidak berfikir panjang meninggalkan Johor dan gagal menunaikan janji demi menuntut tanggungjawab melaksanakan tugasan di Sarawak.

Tonton video 📸:.👇


"Alhamdulillah, dia faham dan memaafkan saya dan mendoakan kebahagiaan kehidupan keluarga saya serta kesihatan saya," katanya yang menyatakan keluarganya membenarkan pertemuannya itu.

Perkongsian hidup bersama isterinya yang kini berusia 66 tahun, Amir memiliki 10 cahaya mata termasuk tujuh perempuan dan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Amir berkata, dia bersyukur diberikan kesempatan menunai janji 50 tahun bagi menyampaikan hadiah kepada Siti Aminah sebagai tanda perkenalan ketika wanita itu berusia 18 tahun.

Pertemuan semula Amir Hassan, 72 dan Siti Aminah Hashim, 69,  berlangsung kira-kira dua jam berjalan dengan lancar setelah terpisah selama 50 tahun di rumah di Felda Bukit Batu, Kulai. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Menurutnya, dia bagaimanapun merahsiakan hadiah berkenaan atas faktor tertentu.

"Usahlah saya bercerita apa yang saya hadiahkan, pada awalnya saya bercadang menghadiahkan barang kemas, namun dengan harga yang melambung tinggi, saya tidak dapat membelinya.

"Hadiah saya tidak seberapa berbanding nilai persahabatan kami selama ini kerana saling mendoakan kebahagiaan masing-masing walaupun tidak pernah bersua," katanya.

Amir berkata, dia juga membawa buah tangan iaitu buah manggis dari Kampung Tasik Alai, Segamat di sini.

Menurutnya, dia berharap pertemuan itu bukan terakhir malah hubungan silaturahim bersama keluarga Siti Aminah kekal selamanya.

Tonton video 📸:.👇


Tak puas berbual, harap ini bukan pertemuan terakhir 

"Kesyukuran saya sukar diungkapkan dengan kata-kata, hanya saya tidak puas berbual dengannya kerana terlalu banyak kenangan dan memori untuk dikongsi.

Dua jam macam 10 minit 

"Tempoh dua jam terasa umpama 10 minit saja, saya berdoa Siti Aminah diberi hidayah dan sihat. 

"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan," katanya.

Pada 20 Jun lalu, akhbar ini melaporkan hasrat seorang bekas tentera bertemu sahabat lama yang terputus hubungan untuk memberikan hadiah tanda perkenalan seperti dijanjikan 50 tahun lalu.

Amir mengakui berkenalan dengan wanita berkenaan pada Disember 1970-an dan pernah beberapa kali bertemunya di sekitar stesen kereta api di Johor Bahru.

Menurutnya, Siti Aminah adalah sahabat yang baik dan ketika itu wanita berkenaan berusia 18 tahun.

Malah, katanya, ketika itu dia turut berjanji mahu memberikan hadiah sebagai tanda perkenalan atau persahabatan.

Malangnya, beberapa bulan selepas perkenalan itu, dia terputus hubungan kerana bertugas di Sarawak, manakala Siti Aminah pula menetap di Felda di Kulai. 

Dia juga sudah berusaha menjejaki Siti Aminah sejak bersara namun gagal malah rakannya juga membantu namun tidak memperoleh sebarang maklumat berkaitan sebelum ini.

Amir yang bertugas sebagai imam pernah berkhidmat dengan unit Polis Tentera (MP) sebelum ini dan berharap waris wanita terbabit tidak bersalah faham kerana niatnya bukan untuk mengeratkan kembali hubungan dengan wanita itu namun bagi mengotakan janji suatu ketika dahulu.

Siti Aminah tak 'makan hati'

Bukan saja berasakan dirinya dihargai, Siti Aminah Hashim, 69, bersyukur kerana dapat berkongsi perjalanan hidupnya dengan sahabat lama, Amir Hassan, 72.

Siti Aminah berkata, dia tidak pernah memendam perasaan marah terhadap sahabat lama kerana reda dengan segala ketentuan Allah dan yakin terdapat hikmahnya.

Menurutnya, dia memahami tugasan Amir dan tanggungjawab dipikul lelaki itu ketika muda.

"Kami pertama kali bertemu di Tasek Utara di Johor dan ketika itu saya berjalan-jalan bersama rakan baik.

"Amir pernah kirim surat selain pertemuan kami di stesen kereta api di Johor Bahru sebelum Amir ke Sarawak.

"Saya masih ingat gayanya menaiki Vespa berwarna kuning bernombor pendaftaran JL385 dan ketika saya menghubungi beliau minggu lalu saya bertanya sama ada beliau pernah memiliki motosikal berkenaan sebelum memperkenalkan dirinya sebagai insan dicari selama 50 tahun," katanya.

Siti Aminah berkata, perjalanan hidupnya bukan mudah kerana dia pernah menjadi mangsa samun hingga hampir kehilangan nyawa 13 tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu dia mengusahakan gerai makan di Senai dan dia ditikam 20 kali termasuk di bahagian kepala.

"Ketika itu saya mengambil masa beberapa bulan untuk bergerak kerana sudah tidak bermaya dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Sebelum Amir mendedahkan usahanya mengesan saya, saya turut bermimpi seperti bertemu dengannya namun rupanya seperti di zaman muda.

"Tidak sangka Allah melanjutkan usia saya dan dapat bertemu kembali Amir," katanya.


Adaptasi dari sebuah artikel eksklusif siaran Harian Metro hari ini, Selasa 28 Jun 2022, dari Kulai, Johor Darul Ta'zim.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor