Kerajaan diminta mula kempen bertani di tanah terbiar

 KERAJAAN KENA MULA KEMPEN TANAM DI TANAH TERBIAR UNTUK ‘FOOD SECURITY’ KITA - Mohd Sharkar

Mohd Sharkar Shamsudin

Seorang tokoh politik terkemuka dari Pahang menyarankan kerajaan harus dengan segera mula berkempen bercucuk tanam di kawasan tanah terbiar.

EXCO Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin berkata, difahamkan penanaman padi di paya-paya terbiar di Maran (sebuah daerah dalam negeri Pahang), maka wajar Kementerian Pertanian mengadakan kempen tanam padi di paya-paya terbiar yang terdapat di seluruh negara.

"Kita mulakan sekali setahun kemudian kita boleh baiki infra yang ada secara perlahan-lahan, hingga sampai ke peringkat yang sempurna.

"Dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, ‘food security’ adalah perkara yang terpenting, supaya rakyat ada makanan untuk dimakan," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)) UMNO Malaysia itu dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Beliau mengingatkan trend negara-negara pengeluar menghentikan eskport sememangnya telah bermula. Tambahnya, kalau ada duit sekalipun, tetapi negara pengeluar tidak mahu mengeksport makanan, ia akan menjadi satu masalah kepada rakyat dan negara pengimport.

Lebih buruk lagi, katanya, harga komoditi makanan akan melambung tinggi.

Justeru, Mohd Sharkar menegaskan Kementerian Pertanian mesti mencari jalan bagaimana untuk memulakan kempen tersebut untuk tanaman, sayuran dan ternakan. 


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?