Kebimbangan dan ketakutan serius rakyat

Lidah Pengarang akhbar berpengaruh Sinar Harian hari ini memberi tumpuan kepada kebimbangan dan ketakutan serius rakyat terhadap suasana di dalam negara. Ia berkaitan krisis kesihatan dan kos sara hidup yang terus meningkat.
 

Berikut adalah adaptasi berdasarkan petikan dari siaran yang dimaksudkan:

Ketepikan kemelut politik, di Malaysia kini ada beberapa ‘ketakutan’. Pertama, wabak Covid-19 yang masih mencengkam diikuti dengan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang sedang meledak dan kebingungan tentang virus cacar monyet.

Bukan hanya penyakit semata-mata, tetapi sosio ekonomi negara semakin tidak stabil. Mana tidaknya, kebebasan membeli ayam tidak lagi dapat dinikmati ekoran krisis bekalan yang meruncing.

Itu cerita ayam. Harga ikan dan tepung juga mencanak naik disusuli dengan barangan keperluan lain. Senario itu akhirnya menyaksikan kita sebagai pengguna yang menjadi mangsa.

Segala-galanya mahal belaka. Rasa terseksa hidup pada zaman penuh pancaroba ini. Gaji juga masih di takuk lama. (Gaji minimum sekarang RM1,500 sebulan - Permadu Malaysia).

Berbalik kepada soal penyakit, usah bicara tentang Covid-19 yang diramal hanya akan berakhir tujuh tahun lagi.

Kini, kes HFMD bagai duri dalam daging. Berdasarkan keluhan dalam media sosial, ramai ibu bapa semakin risau untuk menghantar anak ke taska, tadika, mahupun pusat asuhan.

Kekhuatiran itu semakin menjadi-jadi apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan, setakat Sabtu minggu lalu, angka HFMD meningkat 20 kali ganda iaitu sebanyak 47,209 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Difahamkan, ada sesetengah pusat penjagaan masih menangguk dalam air keruh apabila tetap meneruskan operasi, walaupun terdapat kanak-kanak dijangkiti virus berbahaya itu.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?