Persemadian Nagaenthran Dharmalingam

 Malaysiakini melaporkan jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura Rabu lalu, selamat disemadikan semalam.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat handai mendiang berkumpul untuk menghadiri upacara yang bermula jam 12.15 tengah hari di kediamannya di Taman Indah, Tanjung Rambutan sebelum jasad dibakar pada pukul 5.15 petang di Krematorium Hindu Buntong di Ipoh, Perak.

Suasana sayu menyelubungi upacara dengan hadirin termasuk yang datang dari Johor, Kedah dan Pahang bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Beberapa sepanduk dipasang di sekitar rumah memamaparkan "We Love You Boy Anne".

Turut hadir adalah wakil Suaram dan Amnesty International yang sebelum ini antara pihak paling ke hadapan dalam menuntut Singapura menarik balik hukuman yang dijatuhkan.

Di saat jasad dibawa mengelilingi taman perumahan, jiran-jiran berdiri di depan rumah sebelum jasad dimasukkan ke dalam kereta keranda.

Nagaenthran, 33, dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas didapati bersalah mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibunya, Panchalai Supermaniam, untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Dia menjalani hukuman mati pada awal pagi tiga hari lalu.

'Ingin balik Malaysia'

Di upacara ini, portal berita popular itu sempat bertemu dengan seorang individu yang berkata ia pernah bersama Nagaenthran di Penjara Changi.

Lelaki hanya mahu dikenali sebagai 'Joe' ini berkata mereka sempat kenal dari tahun 2010 hingga 2011 sebelum dibebaskan.

"Lelaki hanya mahu dikenali sebagai 'Joe' ini berkata mereka sempat kenal dari tahun 2010 hingga 2011 sebelum dibebaskan.

"Boy (nama samaran Nagaenthran) merupakan seorang pendiam.

"Dia sentiasa berbual mengenai ahli keluarga terutama emaknya. Dia juga ingin balik ke Malaysia.

"Masa itu, Nagaenthran masih belum dijatuhkan hukuman gantung," katanya. Boy (nama samaran Nagaenthran) merupakan seorang pendiam.

"Dia sentiasa berbual mengenai ahli keluarga terutama emaknya. Dia juga ingin balik ke Malaysia.

"Masa itu, Nagaenthran masih belum dijatuhkan hukuman gantung," katanya.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Pasukan Penulis Berita Permadu

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?