Ceramah Anwar Ibrahim hadapi masalah kekurangan penonton

Permadu Malaysia yang sedang membuat tinjauan PRN Johor di sekitar Bandar Raya Johor Bahru sempat singgah menyaksikan ceramah kempen PKR untuk calon ADUN Larkin, bertempat di Jalan Idaman 3, Larkin Idaman malam ini.


Ceramah yang menampilkan pemimpin tertinggi parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlihatkan suasana suram dengan anggaran penonton seramai tidak sampai 200 orang, termasuk para petugas parti itu sendiri.

Seperti biasa, ketua pembangkang itu mempersembahkan gaya ucapan yang begitu bersemangat, namun jumlah penonton yang rendah tidak mengizinkan semangat itu membakar dan membara.

Tiada masalah parkir sama sekali bagi pengunjung yang menghadiri ceramah Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba dan pulang menaiki kereta Jaguar berwarna hitam.

Antara lain, Anwar menegaskan beliau berjuang untuk rakyat dan menentang pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Suatu yang menarik, Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana menteri itu memperkenalkan formula ala MLM jualan langsung produk.

Pemimpin yang pernah mendapat jolokan Perdana Menteri Menanti itu mencadangkan setiap hadirin yang menyaksikan ceramah yang baru berakhir sebentar tadi, supaya mencari sepuluh orang untuk mengundi calon berkaitan, Dr Zamil Najwah. Dan mungkin 10 orang itu akan mencari sepuluh orang lagi di bawah mereka.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan "mengisytiharkan" Dr Zamil sebagai ADUN Larkin.

Sejurus selepas kereta Anwar meninggalkan lokasi, kedengaran suara kurang bertenaga lebih kurang tujuh orang berteriak Reformasi! beberapa kali diketuai Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir yang juga Ketua AMK PKR Malaysia.

Suasana lesu ini memberi gambaran PKR tidak mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi yang sebelum ini disandang calon dari Bersatu pada PRU14 lalu.


End©Permadu



Oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023