PAS, UMNO usah bersengketa, kata ulamak matang dan sejahtera

Seorang pemimpin ulamak PAS hari ini memberitahu, sejak awal pembentukan Muafakat Nasional (MN) memang ada pihak yang kurang mesra dengan mereka, lapor Malaysiakini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar atas) berkata kewujudan pihak yang sebegitu ada di kedua-dua parti dan jumlah mereka pula dikatakannya sebagai "tidak sedikit".

Justeru katanya tidak pelik jika ada kumpulan tertentu yang cuba merosakkan hubungan yang dibina kedua-dua parti melalui MN tersebut.

"Kalau sekarang ada (pihak) yang membakar jambatan, tiada yang pelik. Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua-dua belah pihak.

"Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus memperjuangkan perpaduan umat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini dan dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat - sebelum digugurkan kemudian - menambah, penting untuk mereka terus bersama.

Dia yang juga bekas menteri perusahaan perlandangan dan komoditi berkata walaupun PAS dan UMNO gagal untuk bersatu dalam politik, mereka perlu terus menjaga "muafakat umat" untuk pelbagai kepentingan.

Kepentingan itu katanya ialah melibatkan aspek agama, ekonomi, sosial dan pendidikan.

"Budaya politik matang dan sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah.

"Usahlah serang-menyerang. Ambillah politik damai, menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat," katanya.

Kenyataan itu hadir ketika pemimpin PAS dan UMNO sama-sama mengeluarkan kenyataan menyerang antara satu sama lain, termasuk melibatkan pemimpin tertinggi.

Pada 28 Januari lalu Presiden PAS Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang menganggap UMNO seperti itik yang patah kakinya dan kini cuba 'berenang' bersendirian selepas pulih dengan bantuan mereka.

Tindakan tersebut, kata Abdul Hadi, dianggap PAS sebagai tidak bermoral.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan pula berkata, biar apa pun gelaran yang diberikan PAS kepada partinya, mereka tetap menjadi parti Melayu terbesar, malah parti politik terbesar di Malaysia.


End©Permadu



Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri