Kejamnya kayangan dapat permit import ayam kepada rakyat marhaen!
Taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan
Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.
- Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.
- Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.
- Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam impot.
Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.
Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.
Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk impot ayam?
Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024 syarikat diberi AP impot ayam itu?
Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?
- Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.
- Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.
- Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.
Comments
Post a Comment