Sarawak Report bercerita lagi

Tiada ulasan dari Permadu Malaysia mengenai gambar di atas.

Saya terbaca artikel Bahasa Inggeris terbitan Sarawak Report bertarikh 29 Disember 2021.

Seperti biasa, artikel tersebut ditulis oleh pemilik dan pengendali blog berkenaan iaitu Saudari Clare Rewcastle Brown. Ini gambar dia.


Cantik jugalah rupa paras dia ya. 

Menurut cerita dan berita berkaitan dirinya, Saudari Clare Rewcastle Brown lahir di Sarawak. Walaupun warga British ini kini menetap di United Kingdom, beliau nampaknya secara terus menerus sangat suka berberita dan bercerita tentang Malaysia.

Orang perempuanlah katakan. Kalau berberita dan bercerita, selalunya tak dapat lari dari mengumpat.😊😊😊⛏️


Dulu sebelum PRU14 pada Mei 2018, dia kelihatan seperti penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan. 


Yang juga ketara, dia memang tak suka Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Barisan Nasional pimpinan bekas perdana menteri itu atas alasan amalan rasuah.

Sekarang dah lebih tiga tahun Najib bukan PM, adakah kejijikan amalan rasuah sudah berjaya diselesaikan dan menjadi bertambah baik di Malaysia?

Pembaca yang bijaksana sudah tentu boleh menilai dan memberi jawapan.

Pada masa sekarang, Clare Rewcastle Brown menerusi Sarawak Report terus mengkritik kerajaan yang lahir dari sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya. Nama bidan yang melahirkannya lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Saya tidak berhasrat mengulas panjang lebar. Bukan nak cetuskan provokasi. Sekadar percambahan minda supaya pembaca tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis oleh perempuan orang putih ini.

Kalau rasa betul, betullah. Kalau rasa salah, salahlah. Nilai sendiri wahai pembaca yang lebih bijak menilai.

Ada beberapa gambar menarik yang dipetik dari artikel bertarikh 29 Disember itu.


Gambar Menteri Kewangan menyampaikan sumbangan di dalam beg yang tertulis namanya sendiri. Maklumlah, kalau dah menyumbang orang tak tahu siapa penyumbang, terkilan pula rasanya ya.🤔


Ini gambar presiden UMNO pikul beras membantu mangsa banjir. Seperti disahkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bukan banjir yang terbaru, tapi lama sikit dalam tahun 2021.


Gambar ini pula menunjukkan kehebatan timbalan menteri wanita dari PAS memandu lori tanpa memerlukan kunci membantu mangsa banjir.


Gambar ini pula menunjukkan seorang ahli parlimen Perikatan Nasional menghantar berkotak-kotak sumbangan untuk mangsa banjir. Tapi dengan syarat di kotak nama dan gambar penyumbang mesti terpampang! Macam kes Tengku Zafrul jugalah.

Tiada ulasan dari Permadu Malaysia mengenai gambar di atas.

Tiada ulasan dari Permadu Malaysia mengenai gambar di atas.

Tiada ulasan dari Permadu Malaysia mengenai gambar di atas.

Saya ulang sekali lagi. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulis Saudari Clare Rewcastle Brown. Sebagai pembaca yang bijak, nilai sendiri. Penilaian anda adalah hak anda. Bukan hak Permadu Malaysia.

Orang perempuanlah katakan. Kalau berberita dan bercerita, selalunya tak dapat lari dari mengumpat.😊😊😊⛏️


Cukup sampai di sini saja, seperti kata penyanyi Malek Redzuan. Hari dah malam. 

Selamat menyambut tahun baharu 2022


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh



Dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu

Comments

  1. Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
    E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah