Keretakan pimpinan DAP menyerlah di Johor

Liew Chin Tong

Pengerusi DAP Johor yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Liew Chin Tong didakwa melobi supaya Dewan Undangan Negeri Johor melantiknya sebagai senator Dewan Negara.


Menurut laporan Malaysiakini semalam, Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang membuat dakwaan tersebut menuduh Liew melakukan hal itu tanpa pengetahuan pimpinan DAP Johor.

Boo mendakwa muslihat Liew bermula pada awal Ogos apabila Liew dikatakan telah "mengelirukan" majlis Pakatan Harapan Johor.

Dr Boo Cheng Hau

“Selepas mendapat kenyataan daripada pelbagai pemimpin parti komponen yang bersidang dalam majlis PH Johor, saya dimaklumkan bahawa Liew, pada awal Ogos lalu, telah mengelirukan majlis itu kerana percaya dia mampu mendapat sokongan yang cukup daripada BN Johor, Perikatan Nasional dan parti lain untuk melantik dirinya sebagai senator di bawah kuota Johor.

“Saya juga dimaklumkan bahawa satu resolusi akan dicadangkan kepada persidangan DUN berikut bersandarkan dakwaan Liew bahawa dia dapat meraih sokongan daripada BN Johor dan PN untuk melantiknya sebagai senator.

“Namun, resolusi itu ditarik balik selepas Liew gagal membuktikan dia boleh memastikan resolusi tersebut diluluskan oleh DUN, manakala sebahagian besar ADUN Pakatan Harapan tidak menyedari kewujudan resolusi yang dicadangkan itu,” dakwa Boo dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Liew dilaporkan berkata beliau enggan mengulas buat masa ini.


Selepas pilihan raya umum 2018, Liew dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Memandangkan beliau bukan ahli parlimen, Liew dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Penggal itu tamat pada pertengahan tahun ini.

Setiap DUN boleh melantik dua orang ahli Dewan Negara. Terdapat satu kekosongan untuk Johor sekarang.

Kini terdapat 54 ahli Dewan Negara, empat daripadanya wakil pembangkang. Keempat-empat anggota pembangkang ini semuanya daripada PH, yang memeterai MOU perjanjian keyakinan dan bekalan (CSA) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Mengenai dakwaannya itu, Boo berkata dia telah menulis kepada majlis pimpinan PH menuntut siasatan sama ada CSA itu termasuk pelantikan GLC dan senator ataupun tidak.

"(Kepimpinan PH) perlu menyiasat sekiranya rerdapat sebarang perjanjian sulit antara Liew dan kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin berhubung pelantikannya sendiri sebagai senator," kata Boo.

Secara berasingan, Boo turut menuduh Liew menganjurkan beberapa siri pertemuan dalam talian antara ahli parlimen dari negeri lain dengan akar umbi DAP Johor.

“Dalam salah satu mesyuarat itu, ahli parlimen DAP dari Johor, seorang ahli parlimen dari negeri lain dan beberapa bekas menteri kabinet dan timbalan menteri dengan lantang menyerang (Presiden PH) Anwar Ibrahim.


"Ia telah mengelirukan dan juga menggugat perpaduan di kalangan ahli akar umbi Johor dengan berulang kali menentang resolusi Majlis Presiden Pakatan Harapan bahawa Anwar merupakan satu-satunya calon PH untuk menjadi perdana menteri," kata Boo.

Jelas Boo lagi, siri pertemuan dalam talian itu mendorongnya menjalankan siasatan lanjut dan menemukan rancangan yang didakwa bertujuan mencalonkan Liew untuk jawatan senator itu.


End©Permadu


Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia



Dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri