Pasukan PM Singapura perlu sedikit masa lagi tentukan pengganti Lee Hsien Loong

 MediaCorp semalam melaporkan perdana menteri republik Singapura berkata pemilihan siapa pengganti beliau tidak boleh ditangguhkan selama-lamanya.

Lee Hsien Loong

Pemimpin tertinggi Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu berkata sedikit masa lagi akan dapat memuktamadkan keputusan siapa bakal perdana menteri baharu jika PAP terus mendapat mandat rakyat memerintah negara kecil atas pulau, tetapi kaya-raya itu.

Hsien Loong selaku Setiausaha Agung PAP kelihatan sangat berkuasa tetapi tidak berhasrat menjadi PM terlalu lama. Anak lelaki pengasas Singapura Lee Kuan Yew itu juga dianggap berwibawa dan berjaya meneruskan legasi bapanya.

Heng Swee Keat

Sebelum ini, PAP telah memutuskan Penolong Setiausaha Agung parti, Heng Swee Keat sebagai pengganti Lee. Bagaimanapun, Heng beberapa bulan lalu membuat pengumuman mengejut iaitu beliau membuat keputusan menolak tawaran sebagai "perdana menteri menanti" dan akan mengundur diri pada suatu masa nanti.

MediaCorp turut melaporkan lebih 1,700 kes harian Covid-19 direkodkan di Singapura pada hari berkenaan.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep Persembahan dibantu
oleh Jamaliah Mohd Salleh




Dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar