Bagus sangat ke Singapura?

 Do you think Singapore is the best country to stay or work ?? 

And not corrupted ? Read this....

 ANDA NILAIKAN CATATAN SAUDARA YANG MENDAKWA DIRINYA BEKAS WARGA SINGAPURA

NUKILAN DARI ZAHARAH SHAH ALAM🧕😔BEKAS WARGA SINGAPURA.

Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa selain dari bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat & 'confused'. 

Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak-anak muda di sana telah mula mengundi pembangkang. 

Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yg mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam 'Special Force' pun Melayu tidak boleh masuk. 

Kenapa saya boleh kata begitu ? Saya bekerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 16 tahun. Kami yg menjaga semua urusan Politic PAP, Economy, Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ, Traffic Police & Education.

Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura diWAJIBkan menyumbang dengan kenakan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid ditanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri.

Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di'control' oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, "PAY AND PAY". 

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave & Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi. 

Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang-orang tua yang tidak mampu, anak-anaklah kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak peduli. 

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES. 

'Carpark' di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 utk open space atau $180 utk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu & cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu diperbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat. 

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu. 

Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection utk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk sahaja kerana sudah dianggap tiada harga jualan lagi. Kalau mahu maintain juga mesti kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi. 

Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun & insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk kenderaan 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri. 

Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kpd “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee & family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P & legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang. 

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP-lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang. 

Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, & saya juga terlibat dalam politik PAP. Kerana saya pemegang Scholarship Lee Kuan Yew dalam bidang Economy & Political Science. Atas sebab itu dan keahlian PAP jugalah saya sebagai satu-satunya anak Melayu yang boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

KITA ALU-KAN PERKONGSIAN IKHLAS DARI MASYARAKAT SINGAPURA DALAM MENGESAHKAN ATAU MENAFIKAN KEBENARAN ISI CORETAN HAMBA ALLAH INI… AMAT BERUNTUNG DAN BERSYUKURLAH KITA YANG MENJADI RAKYAT MALAYSIA.


Adaptasi dari sebuah tulisan yang sedang berlegar di media sosial. Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis yang tidak dapat disahkan identiti. Tidak semestinya ia mencerminkan pandangan dan pendirian Permadu Malaysia.


End©Permadu



    Disediakan oleh Nazura Othman,
    Penulis Berita Permadu Malaysia




    Dibawa kepada anda oleh Ketua Pengarang

    © 2021 Permadu Harmony Bersepadu
    Semua Hak Cipta Terpelihara
    E-mail permadu@gmail.com


permadu


DITERBITKAN DENGAN KEBENARAN JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

  1. sebagai rakyat singapura yang tidak selalu sehaluan dgn kerajaan PAP ingin saya katakan banyak yang tak benar ape yang dicoretkan.1.Rumah mampu milik aka HDB bukanlah untuk orang yang tak mampu malah ade yang berharga RM600k minima sempai Rm 2juta pun ade.Harga selalu appreciate ade yng da duduk minima 5thn da Boleh jual Dan untung berpuluh ribu(ade ratusan ribu) dan yang baki boleh buat deposit rumah baru yang lebih besar.2.Memang benar kos hospital Tinggi tapi selari dgn kualiti.Isteri waktu melahirkan anak ade komplikasi,bill Sing dollar 200ribu.Tapi govt subsidise 80%.Lepas bayar melalui medisave( medisave tak dibenarkan kosong)masih ade balance...govt ckp bayar ansuran je.Singapura Banyak undang2 Banyak ini tak bole itu tak bole TAPI GOVT service tip top.Tak sempurna kite complain,siap staff tu kena jawab.Maaf bercakap di Malaysia,nobody cares.menteri singapura di"tuduh" rasuah 25thn dahulu...sampai skg seme baik.Dimalaysia dah mcm hobby..Singapura is a very safe country.kes Ragut hampir tak kedengaran.Di Malaysia mungkin seminggu sekali.Tapi Malaysia can offer something singapura cannot offer....broader horizon.Bole ke JB Melaka Port Dickson Genting at affordable price Dan orang2 nye genuinely baik hati

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim