Mungkin bukan Ebit Lew, tapi aplikasi tukar wajah
Blog Edisi Siasat merujuk kepada sebuah artikel di portal asamboi.net siaran hari ini.
Menurut blog tersebut, mereka tidak berniat untuk mengganggu siasatan pihak polis berkaitan video seks yang didakwa aksinya dilakukan oleh seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Tetapi sekadar berkongsi pandangan sambil meminta pembaca menilai sendiri.
Dengan kecanggihan teknologi hari ini, untuk menghasilkan video palsu dengan mengubah wajah seseorang tidak lagi memerlukan khidmat pakar.
Cukup dengan mempunyai aplikasi yang diperlukan, seseorang itu sudah boleh menghasilkan video palsu yang dikehendakinya.
Salah satu aplikasi yang cukup mudah digunakan ialah dengan menggunakan aplikasi Reface.
Namun, setiap yang tiruan itu ada kelemahannya.
Blog tersebut turut berkongsi beberapa tips mudah untuk kita mengetahui ketulenan sesuatu video yang kita tonton.
"Jangan kita berspekulasi, sama-sama kita biarkan pihak polis selesaikan siasatan mereka kerana mereka mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi," kata Edisi Siasat.
"Berhati-hatilah di dalam menyebarkan bahan maklumat di media sosial supaya kita tidak terjebak kepada perbuatan fitnah yang bukan sahaja sangat hina di mata masyarakat, malah besar dosanya di sisi Allah SWT."
Comments
Post a Comment