PM atau Menteri Kewangan harus beri penjelasan tanpa selindung


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini mencabar kerajaan mengambil tindakan ke atasnya jika fakta yang didedahkannya mengenai penjualan aset dan pinjaman oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah palsu.

Beliau dilaporkan oleh media massa sebagai mendakwa bahawa tahun ini sahaja – baru lima bulan – kerajaan telah meminjam dan menjual harta awam berjumlah RM115.53 bilion.

Katanya, beliau sanggup disiasat di bawah Ordinan Darurat mengenai berita palsu dan sanggup membayar denda RM100,000 jika senarai pinjaman serta penjualan aset negara itu tidak benar.

Beliau membuat dakwaan itu melalui Facebook. Beliau mendakwa, jumlah itu adalah dana tambahan kepada hasil biasa yang kerajaan pungut.

Dakwaan Najib itu sangat menarik dan relevan kerana tiada proses semak-imbang yang terbuka sejak penggantungan Parlimen akibat pengisytiharan darurat berkuat kuasa 11 Januari lalu.

Dalam tindak balasnya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, kalau tidak kerana beban hutang 1MDB dan SRC International yang Najib tinggalkan, lebih banyak duit boleh dibelanjakan bagi membantu rakyat ketika krisis Covid-19.

Sama ada dakwaan Najib tepat atau tidak dan sama ada kita percaya atau tidak kepada jawapan Tengku Zafrul, hakikatnya semua Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra menjual harta negara dan berhutang.

Bezanya adalah sama ada hutang dan penjualan harta itu dilakukan secara berhemah, bebas rasuah dan untuk tujuan produktif demi kebaikan negara serta rakyat atau untuk muslihat peribadi.

Dalam hal hutang SRC International yang Tengku Zafrul sebutkan itu, Najib sudah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. Rayuan beliau kepada Mahkamah Rayuan sedang menunggu keputusan.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman, Malaysia berhutang AS$45 juta pada 1965 bagi melaksanakan Rancangan Pengairan Muda di Kedah dan Perlis. Dalam kadar tukaran hari ini, jumlahnya kira-kira RM184.5 juta. Itu pun sudah dikira cukup besar.

Sekarang, kerajaan meminjam berbilion ringgit setahun adalah perkara biasa.

Najib sendiri ketika menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan meminjam secara besar-besaran dari dalam dan luar negara.

Misalnya, hutang dan tanggungan 1MDB sahaja pernah melepasi RM50 bilion, manakala hutang SRC International termasuk faedah daripada Kumpu-lan Wang Persaraan (KWAP) berjumlah RM9.2 bilion.

Menjual aset negara dan berhutang tidak susah. Banyak syarikat dan usahawan swasta berminat membeli harta kerajaan.

Sekarang pun, tauke hartanah, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon sedang mencuba membeli tanah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang seluas 1,200 ekar daripada kerajaan.

Begitu juga dengan berhutang. Kerajaan boleh pinjam dengan mudah dan banyak duit golongan pekerja serta orang ramai yang disimpan atau dilabur dalam tabung-tabung berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWAP.

Yang susah adalah hendak membina semula aset, antaranya dikumpul sejak zaman penjajah lagi.

Aset dalam bentuk tanah semakin sukar untuk didapati dan harganya pula mahal.

Apa yang sedang berlaku sekarang, sama ada penjualan aset dan pengambilan hutang atau krisis Covid-19 yang semakin memuncak, wajib dihalusi dan ditangani secara bersama.

Bagi tujuan itu, adalah amat penting fungsi semak-imbang Parlimen dipulihkan segera.

Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh diadakan secara virtual.

Vaksinasi wakil rakyat dan kakitangan terbabit dipercepatkan supaya boleh bersidang seperti biasa.

Wallahuaklam.




Hasil tulisan kolumnis, Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara. Dipetik dari siaran Sinar Harian pada 30 Mei 2021



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Ya, Artikel BANGSAT - YAM DS Najib yerCINTA kami didapati bersalah oleh HAKIM Mahkamah Tinggi- geng PENJENAYAH Pariah, tommy thomas BANGKAI ANJING DAP Parasit ZIONIS - yg. TAK berintegriti, PREJUDIS & MELANGGAQ Undg2 dgn. menjadi "Pendakwa Kedua" utk. menyelamatkan kes SRC GAGAL & PENIPU so PENJENAYAH2 Pariah2 gopal sri ram-tommy thomas BANGKAI2 ANJING DAP, ada paham lu?!!

    Mmg. KURANG AJAQnya & punya PENIPUnya lagi, si MENTERI KEWANGAN paling GILA dlm. SEJARAH - SALAHkan IMDB/SRC atas kononnya KURANG Perbelanjaan utk. COVID-19 & HUTANG KERAJAAN bawah rejim BERSATU Perompak/Pembunuh NAZI ni!!

    Sdgkan TAK pula si MENTERI KEWANGAN paling BANGSAT ni & rejim BERSATU Nazi ni, bawah UNDG2 HUTAN depa - nak buat apa2 Pendakwaan JENAYAH terhpd. PENSABOTAJ2/PEROMPAK2 sebenaq IMDB/SRC, terutamanya si DALANG Empayar PENGGANAS Zionis ROTHSCHILD (yg. berPUSAT di SWITZERLAND) & KULI2 depa dr. rejim2 PENGGANAS Zionis US/SWITZERLAND/SINGAPURA/ISrael, Goldman Sachs, JP Morgan, jho low, bekas Gabenor Bank Negara, zety , keluarga dia & BANK NEGARA, Justo, AmBank, Bank2 ROTHSCHILD dll - tapi hanya Saman2 SIVIL paling PENIPU & LAWAK terhdp. depa - termsk. terus mengABAIkan Dana Pinjaman hampir $4 BILLION dr. KWAP ke AKAUN2 SRC, yg. sebenaqnya TAK hilang pun, tapi telah diBEKUkan secara HARAM oleh BANK2 SWITZERLAND & HONG KONG!!

    Di media SAMPAH DAPpengganas/BERSATUNazi -
    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26/finance-minister-suggests-more-malaysians-would-have-covid-19-aid-if-not-fo/1977188 (Maaf, TAK dak berita ni di berita2 Melayu)

    ReplyDelete
  2. Tgk. juga ni punyalah UNDG2 HUTAN sewenangnya dilaksanakan oleh Sistem PERUNDANGAN & KEHAKIMAN si rejim PEMBUNUH/PEROMPAK Zionis PH Parasit/BERSATU Nazi - yg. TAK masuk AKAL lansung, apabila peguam PARIAH Penjenayah gopal sri ram diBIAQkan diLANTIK ke PEJABAT PEGUAM NEGARA tanpa apa2 DOKUMEN rasmi oleh geng PARIAH Penjenayah DAP dia, tommy thomas - & lagi, KEMUDIANnya, yg. PENIPUAN & POLITIK DAJAL Zionis ANTI-Islam/Melayu ini, boleh pula diTUTUP oleh si PEGUAM NEGARA baru PARASIT skrg. - hanya utk. MENZALIMI, MEMERANGKAP & MENGANIAYA Mantan PM Agung ORANG ASAL Islam/Melayu kita, YAM DS Najib & Isteri beliau YAM DS Rosmah & ANAK2 mereka, serta PEMIMPIN2 Islam/Melayu TULEN lain dr. UMNO & UMNO keseluruhannya, berkaitan kes2 PENIPU IMDB/SRC!!

    Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/711248/rosmah-dakwa-pelantikan-sri-ram-tidak-sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk. PERANGKAP2 amat JAHAT si geng PARIAH BANGKAI2 ANJING gopal sri ram/tommy thomas pd. YAM DS Rosmah kita ni!! MO biasa & amat JAHAT kedua ekoq PENJENAYAH ni - adalah dgn. MEMERANGKAP Perasuah2 sebenaq utk. dijadikan SAKSI2 menentang YAM DS Najib, DS Rosmah & Pemimpin2 UMNO lain dlm. kes2 PENIPU yg. didakwa ke atas depa!!

      DERMA POLITIK didakwa sbg. RASUAH - mcm DERMA POLITIK& PERIBADI oleh Almarhum DYMM Raja Abdullah sbyk. hampir $3 BILLION kpd. YAM DS Najib terCINTA kita (tapi $2.6 BILLION telah diPULANGkan oleh YAM DS Najib) - yg. dikaitkan dgn. KES2 IMDB/SRC PENIPU!!

      Di -
      https://www.facebook.com/112410396944630/posts/tiada-bukti-rosmah-minta-terima-rasuah-kata-pembelaands-rosmah-mansor-tidak-memi/245349303650738/

      Delete
    2. Bahkan, PENJENAYAH sebenaq ni, yg. di rekrut si PENJENAYAH PARIAH gopal sri ram utk. jadi SAKSI menentang YAM DS Rosmah, - punyalah hidup MEWAH skrg - walau GAJI dulu hanya $7,000 sebulan dulu!!

      Ya, YAM DS Rosmah & YAM DS Najib telah diPERANGKAP habis2an!!

      Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/620835/kehidupan-mewah-rizal-mansor-dipersoal

      Delete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar