TAHNIAH KERAJAAN MELAYU ISLAM KERANA PERTINGKAT KEKERAPAN JUDI NOMBOR EKOR

 Jangan cepat menuduh. Mungkin ini judi Islamik.


NAMPAKNYA kerajaan pimpinan Melayu Islam semakin hebat memperjuang dan memartabatkan Islam.

Yang terbaharu didedahkan oleh pemimpin bukan Islam pula. Ianya berkaitan perniagaan judi nombor ramalan atau lebih dikenali sebagai permainan nombor ekor.

Tapi jangan cepat menuduh. Ini mungkin judi Islamik. Takkan PAS nak biarkan sahaja kegiatan judi dalam negara yang bertuah ini.

Jangan terperanjat kalau Magnum, Toto dan yang sewaktu dengannya akan melancarkan penjenamaan semula perniagaan dengan memperkenalkan nama baru mereka menggunakan istilah dari bahasa Arab.

Kita ikuti pendedahan seorang senator DAP di parlimen kelmarin. Berita dipetik dari Johorkini.

Senator Liew Chin Tong 
(Gambar edgemarket)

Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong mencadangkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4D.

Chin Tong berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4-digit daripada lapan kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

“Pada November 2018 kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas.

“Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

“Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasioal.

“Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit,” kata Chin Tong pada sidang di Dewan Negara semalam.

Beliau menjelaskan cabutan khas dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu dan kerajaan mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan.

“Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

“Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.

“Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi,” dedah Chin Tong.

Tambah beliau, kerajaan sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

“Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan.

“Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain,” ujarnya lagi.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country