PEGUAM SAMAN MENGENAI AGONG TAK IKUT NASIHAT MUHYIDDIN
SEORANG peguam mengambil tindakan mahkamah atas sebab Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah membuat keputusan tidak mengikut nasihat dan permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.
Plaintif Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan saman di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai defenden tunggal dalam tindakan undang-undang ini.
Comments
Post a Comment