NASIB "WAK JAWA, TENGKU MAMAK DAN TAMBI GELAP" SELEPAS NAJIB
PENGANALISIS dan penulis terkenal Syed Akbar Ali hari ini sekali lagi menulis di blog OutSyed The Box (OSTB) mengenai untung nasib beberapa tokoh politik UMNO yang sedang berhadapan kes-kes mahkamah.
Beliau melontarkan persoalan ini setelah bekas perdana menteri Mohamad Najib Abdul Razak didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 72 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bersabitan tujuh pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan SRC International, ketika itu satu entiti dalam organisasi kontroversi, 1MDB.
Selepas Najib, OSTB berpandangan akan menjadi lebih mudah untuk tokoh-tokoh UMNO yang lain, yang tidak disebut nama, dijatuhi hukuman apabila mereka didapati bersalah oleh mahkamah kelak.
Malangnya, OSTB telah pun memadamkan artikel tersebut untuk dikongsi bersama.
Permadu Malaysia percaya Wak Jawa merujuk kepada presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Mamak adalah bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, manakala Tambi Gelap pula ialah bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim.
Comments
Post a Comment