Fauzi Abdul Kadir's Permadu Media's official blog.
Permadu is a brand of business and this blog is financed by Permadu Harmony Bersepadu.
Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
ULAMAK KONTROVERSI BERSERAH KEPADA "ALLAH DAN LAWYER"
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Mokhtar Senik berserah kepada "Allah dan lawyer" selepas buat laporan polis
AHLI jawatankuasa pusat Parti Islam Se-Malaysia (PAS)Mokhtar Senik (gambar atas) membuat laporan polis hari ini, demikian menurut kebanyakan media popular dalam talian, berasaskan hantaran di Facebook tokoh agamawan itu sendiri.
Beliau tidak menyebut secara khusus sebab laporan itu dibuat.
Bagaimanapun, minggu lepas ulamak PAS itu mendakwa terdapat pihak menyalah guna nombor telefonnya, seperti dilapor Malaysiakini.
“Alhamdulillah saya dah buat report.
“Selepas ini saya serah kepada Allah dan lawyer. Tiada apa-apa ulasan selepas ini.
“Tunggu sahaja di mahkamah,” menurut status di Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik gambarnya dengan laporan polis itu bersama pihak yang mengiringinya.
Setakat ini tidak jelas di mana dan masa tepat laporan polis itu dibuat.
Mokhtar pada 24 Jun 2020 lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.
Mokhtar sejak minggu lalu berdepan serangan di Internet, khususnya oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Alexander Pittsuwan Thomprason.
Alexander Pittsuwan Thomprason
Sementara itu, Alexander berkata dia mengalu-alukan perkara itu.
“Kalau betul dah pasang lawyer dan dah plan (rancang)nak saman saya, baguslah.
“Pasal di dalam mahkamah, kedua-dua pihak termasuk diri saya tak boleh bohong dan sembunyikan apa-apa maklumat dan bahan bukti.
“Bring it on (cubalah),” kata lelaki 40-an itu.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV
Sedikit kisah Baby Shima USTAZ MINTA COLI BABY SHIMA Bukan cerita baru, dah seminggu Sebuah artikel terbitan MH DAILY baru-baru ini menceritakan Baby Shima dedah mesej ustaz, ‘abg nak coli awak’. Penyanyi Baby Shima mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual daripada pengikut lelakinya yang menghantar mesej lucah menerusi direct message (DM) Instagram miliknya. Bengang dengan gangguan tersebut, Shima atau Nor Ashima Ramli, 27, turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada lelaki berkenaan selain mendedahkan wajah dan akaun Instagram milik lelaki tersebut sebagai pengajaran. Menerusi profil media sosial individu tersebut, Shima berkata, Instagramnya penuh dengan hantaran mengenai ceramah agama namun di sebalik itu lelaki itu sebenarnya mempunya sikap jelek. “IG (Instagram) abang penuh dengan ceramah baik-baik. Alhamdulillah suka tengok, tapi di belakang orangnya Masya Allah… ‘munafikman’, ‘k*l*mman’. “Kejap lagi dah kantoi, kena hack… okay itu perkara biasa. Tiba-tiba rasa nak ny
Muhyiddin 60%, Anwar 40%, hasil tinjauan PM digemari Tinjauan terbaru kebimbangan terbesar kepada UMNO menjelang enam pilihan raya negeri bulan depan, bahawa pengundi Melayu di Selangor yang menyokong parti itu pada pilihan raya lepas lebih cenderung mengundi calon Perikatan Nasional (PN). Merujuk dapatan tinjauan terbaru yang diterbitkan oleh ISEAS Perspective, jurnal dari Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura, portal berita MalaysiaNow melaporkan seorang penganalisis politik dan ketua badan pemikir juga mendapati 39% pengundi Melayu yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas berkata mereka akan mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Sementara itu, hanya 15% berkata mereka akan mengundi Pakatan Harapan (PH), yang menandatangani perjanjian dengan sekutunya di peringkat Persekutuan, BN untuk mengelakkan pertembungan pada pilihan raya. “Ini bermakna tidak ada perpindahan undi yang ketara antara pengundi Me
Gambar dari Slamber Media BERITA orang kenamaan kahwin, terutama perkahwinan tambahan selain seorang isteri sedia ada, memang mudah menjadi berita besar, walaupun buat seketika. Seorang wanita semalam memfailkan laporan polis bagi menafikan spekulasi yang tersebar, mengenai dirinya telah berkahwin dengan bekas perdana menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak. Menurut mStar , wanita berusia 50-an itu membuat laporan polis selepas gambarnya tular di media sosial dan aplikasi mesej, yang mendakwa dia merupakan ‘isteri kedua’ Najib. Sejak tiga hari lepas gambar berkenaan ditularkan melalui media sosial dan ia turut dibincangkan dalam kumpulan Whatsapp . Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan mereka menerima laporan daripada wanita berkenaan, sambil menambah bahawa pihaknya akan merujuk perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). The Star yang melapor melihat salinan laporan polis dibuat wani
Peluang Akmal Nasir kekal ahli parlimen JB hanya 50-50, kata penganalisis Gambar terbaru Akmal Nasir Nasrullah di Masjid Bulatan, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Jumaat 4 November, 2022. Penyandang ahli parlimen Johor Bahru dari PKR /Pakatan Harapan Akmal Nasir Nasrullah hari ini tampil menunaikan solat fardu Jumaat bersama kariah di Masjid Bulatan, Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, demikian koresponden Permadu Malaysia di JB memberitahu blog ini sebentar tadi. Akmal Nasir mengesahkan sumbangan sebuah van jenazah hari ini untuk masjid berkenaan ketika ditanya. Difahamkan, Masjid Bulatan di Kampung Melayu Majidee itu sedang berusaha mengumpul dana untuk membeli sebuah van jenazah dan membina sebuah Dewan Serbaguna di perkarangan masjid. Dengan sentimen sokongan kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional di Johor menjelang PRU15 yang bakal diadakan pada 19 November ini, pemerhati politik melihat Akmal Nasir mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi kerusi parlimen Johor Bahru
Tinjauan santai SurveyByPermadu mendapati hanya 4 orang atau 3.8 peratus daripada 105 orang ibu atau bapa beragama Islam mahu anak mereka menjadi agamawan atau pendakwah. Manakala 27 orang atau 25.7 peratus daripada ibu bapa yang sama bersetuju perkataan " selebriti " dikaitkan dengan profesion agamawan atau pendakwah. Selebihnya, iaitu 78 orang atau 74.3 peratus tidak bersetuju. 97 orang atau 92.4 peratus tidak bersetuju amalan keagamaan dijadikan bahan atau alat komersial berobjektifkan keuntungan. Ini hanyalah laporan awal dari keseluruhan hasil dapatan tinjauan, perincian dan huraian akan menyusul kemudian. Tinjauan sepasukan anggota SurveyByPermadu dilakukan selama lima hari dari 1 hingga 5 Oktober, 2022. Kaedah komunikasi adalah secara dalam talian, perbualan telefon dan bersemuka secara spontan di tempat tumpuan orang ramai. Tinjauan dilakukan di sekitar Lembah Kelang dan Cyberjaya. Hasil dapatan tinjauan mungkin tidak mewakili dengan tepat aspirasi ibubapa Islam
ADA UNSUR PREJUDIS DALAM TULISAN FAISAL TEHRANI, SECARA JELAS MERUJUK KEPADA MUFTI PERLIS, DR MAZA WALAUPUN TIDAK MENYEBUT NAMA Motif "menculik dengan niat membunuh" dan menggunakan anggota keselamatan negara atas bidang kuasa mufti didorong keyakinan serta ketaksuban fahaman Wahabi dan Salafi yang berpusat di Arab Saudi, dengan pemikiran hanya aliran fahaman mereka sahaja yang betul. Namun, pandangan Faisal Tehrani tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Prof. Bersekutu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, secara komersial dikenali sebagai Dr. Maza, pendakwah Salafi, penulis, pensyarah dan pemikir/perunding agama Islam dari Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua sejak 2 Februari, 2015. Tempoh pertama beliau sebagai mufti Perlis dari 2006 hingga 2008. MISTERI kehilangan yang dipercayai diculik dengan niat untuk membunuh Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh dan tiga lagi personalìti berkaitan agama Islam dan Kristian masih menunggu jawapan pasti.
Comments
Post a Comment