ZURAIDA BODOH DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, KOMEN PAKAR

Zuraida Kamaruddin,
menteri perumahan dan kerajaan tempatan

INILAH wajah jelita seorang menteri. 

Menteri ini dilihat cuba mencari publisiti murahan tidak bertempat di saat-saat negara sedang menghadapi suasana getir krisis Covid-19.

Percubaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri itu akhirnya bagaikan menjadi senjata makan tuan.

Penampilan beliau dengan pakaian seperti kakitangan barisan hadapan Hospital Sungai Buloh merawat pesakit yang dijangkiti virus Corona itu mencadangkan beliau sepatutnya berada di hospital berkenaan.

Perhatian yang diharap, kecaman demi kecaman pula yang diterima. 

Tidak kurang juga pengguna media sosial dan ahli politik yang mengambil kesempatan untuk melepaskan geram terhadap bekas naib presiden PKR itu yang baharu sahaja melompat dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional.

Malaysiakini melaporkan, tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang semalam menyertai - dan terlibat secara langsung - proses nyah kuman Covid-19 turut menerima kecaman pakar perubatan.


Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyifatkan tindakan ahli parlimen Ampang itu sebagai "tidak bertanggungjawab".

Menurut beliau, dalam keadaan sekarang adalah lebih baik untuk Zuraida berada di rumah berbanding menyembur bahan sanitasi seperti yang dilakukannya semalam.

"Ya Tuhan! Ini adalah bodoh dan tidak bertanggungjawab. Mengurangkan penyaringan pertahanan terakhir kami dan pesakit # COVID19 di ICU. Lebih baik dia #StayHome dan tidak memperbodohkan diri sendiri!" ciap Musa di Twitternya.

Beliau memberi respon terhadap ciapan pengguna media sosial lain terhadap tindakan Zuraida itu.

Ciapan Musa itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikutnya di media sosial.

Untuk rekod Musa memang dikenali sebagai doktor yang selalu berterus-terang untuk menyampaikan pandangannya.




Sering dijemput sebagai panel dalam program televisyen membabitkan hal perubatan, pakar perubatan itu baru-baru ini 'mengamuk' dalam salah satu terbitan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semalam, Zuraida menjadi tumpuan ramai - termasuk kalangan ahli politik kerana menyarung pakaian lengkap seperti petugas barisan hadapan menghadapi Covid-19 semasa menyembur bahan nyah kuman di Petaling Jaya.

Operasi itu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, majlis perbandaran dan Kementerian Kesihatan.

Akmal Nasir,
ahli parlimen Johor Bahru dan ketua pemuda PKR

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir pagi tadi turut mengkritik tindakan Zuraida dan menganggap ia sebagai suatu gimik politik bagi meraih populariti ketika Covid-19.

Kata Akmal, sekarang bukanlah masa untuk menteri mencari publisiti ataupun membazirkan sumber yang ada ketika negara dalam situasi sukar.

"Hentikan teknik gimik politik. Sekarang bukanlah masa untuk menteri cari publisiti.

"Jangan bazirkan sumber. Dalam keadaan kita kekurangan PPE (pakaian perlindungan peribadi) dan ada petugas terpaksa gunakan plastik sampah untuk lindungi negeri," Akmal Nasir dipetik Malaysiakini sebagai berkata.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar