POLIS JANJI SEBELUM HUJUNG TAHUN -- Tinggal beberapa jam sahaja lagi

Chan Quin Er,
bekas DPP yang juga jurucakap MCA

SEORANG bekas Timbalan Pendakwaraya yang bercakap mewakili MCA membangkitkan persoalan sama ada pihak polis akan mendedahkan perincian analisis oleh pakar Amerika Syarikat berkaitan video seks sejenis yang didakwa melibatkan seorang menteri.
Jurucakap MCA tersebut, Chan Quin Er berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Huzir Mohamed pada bulan lepas berkata keputusan analisis dijangka diperoleh sebelum tahun baru.

Hasil siasatan video seks yang menampilkan pelaku lelaki berwajah mirip Azmin Ali
“Hari ini 31 Disember. Tahun dan dekad ini akan berakhir dalam beberapa jam lagi.

Nama universiti di Amerika tempat analisis pun kita tak tahu
“Tetapi kita bukan saja masih belum dengar apa-apa berkaitan keputusan analisis yang dikatakan itu, malah nama universiti di Amerika yang video itu dihantar untuk analisis pun kita tidak tahu,” Chan dipetik Malaysiakini sebagai berkata.
Chan berkata jika keputusannya tidak dapat disediakan pada hujung 2019, penangguhannya patut diumumkan.
“Adakah polis mampu umumkan dapatan analisis itu hari ini?
“Adakah nama menteri itu akhirnya akan dibersihkan, atau dia akan didakwa atas kesalahan bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan?
“Atau mungkin kesalahan Seksyen 377A tidak lagi dipandang serius oleh PDRM?” soal Chan.

Azmin nafi

Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menafikan dakwaan itu.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again