DUA BLOGGER TERKENAL KRITIK MENTERI KERETA TERBANG


DUA blogger terkenal Malaysia semalam dan hari ini mengkritik keras tindak tanduk menteri tak sedar diri dari parti minoriti Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH), Mohd Redzuan Md Yusof (gambar atas).

Menteri Pembangunan Usahawan itu kini lebih dikenali sebagai menteri kereta terbang.

Ini susulan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta kepada syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd untuk projek keteta terbang. 

Secara tidak langsung, ini akan mengheret Redzuan sebagai berbohong dan membelanjakan wang negara secara berunsur penyelewengan sebanyak RM20 juta.

Seperti kata bidalan, Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

Dua blogger berpengaruh tersebut adalah Syed Akbar Ali dari OutSyed The Box dan Shahbudin Husin. Kedua-dua blogger ini masing-masing mempunyai pengunjung melebihi 60 juta.


Ulasan Syed Akbar Ali

Mula sekali di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada YB Nurul Izzah Anwar yang telah insist bahawa PAC di kepalai oleh Ahli Parlimen daripada parti pembangkang. Thank you very much. Hasil daripada tindakan berani itu maka Pengerusi PAC YB Datuk Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen  Parit Sulong - UMNO - telah mendedahkan apa yang sedang berlaku dengan aliran duit rakyat masuk ke dalam projek kereta terbang ini.) 



Tuan-tuan, Menteri kata tidak ada duit rakyat dibelanjakan untuk projek kereta terbang. 


Tetapi PAC (Public Accounts Committee di Parlimen) pula kata duit rakyat sebanyak RM20 Juta telah pun diberi kepada projek kereta terbang. 



My comments :



Tuan-tuan rupanya memang ada udang disebalik batu. 
Udang itu kita punya. 20 juta ekor udang kita. 
Banyak udang tu.

Rupanya duit rakyat RM20 juta telah "dilaburkan" (invested) oleh kerajaan (menerusi syarikat kepunyaan kerajaan) ke dalam projek ini.

Saya cuma harap duit rakyat RM20 juta yang telah dilabur itu tidak akan  'dilebur' pula.

Bukan saja Menteri kata kereta terbang boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam masa satu jam tetapi Menteri kata projek ini tidak melibatkan duit rakyat.  Kedua kenyataan ini oleh Menteri adalah tidak benar. 



Saya sudah tanya banyak kali dan berkali-kali kalaulah kerajaan tidak terlibat dalam projek ini, kenapa pula Menteri ambil berat sangat pasal kereta terbang ini? 



Ok saya setuju 100% dia buat pengumuman, dia bergambar untuk sokong dan promosikan usahawan tempatan boleh lah. Semua Menteri perlu promosikan usahawan dan produk buatan Malaysia. 

Tetapi Menteri ini pula nampak sudah "jatuh cinta" sangat dengan projek kereta terbang ini.

Sekarang PAC pula sudah pecahkan tembelang.


  • PAC said Redzuan did not perform any due diligence
  • PAC disputing Minister Redzuan's claim no public funds used
  • inquiry determined minister announced before notifying Cabinet
  • PAC found Miti, MIGHT not referred at all on ‘flying car’
  • said no assessment AVSB’s finances, intellect prop rights, expertise, capacity
  • PAC challenged Redzuan statement
  • PAC insisted public funds were used
  • PAC found MIGHT through VentureTech (VTSB) approved RM20m in AVSB

Akhir kata, dia macam ini tuan-tuan.



Macam ini kah kerajaan Malaysia Baru? 
Apa beza sangat daripada kerajaan lama? 

Tuan-tuan pula dapat apa? Tuan-tuan yang pembayar cukai. Duit RM20 Juta itu duit tuan-tuan, daripada peluh, sakit dan sengsara tuan-tuan yang kena bayar cukai.

Banyak jenis cukai - cukai pendapatan, sales tax, cukai duti impot kereta, cukai tanah, cukai pintu, bayar duit paspot, bayar duit lesen kereta, cukai kepada kastam dan banyak jenis cukai lagi.

Esok lusa sudah bulan Disember. Tuan-tuan kena bayar sewa rumah, bayar bulanan housing loan, bayar bulanan untuk kereta, bayar dan bayar lagi. Kena lah bayar sampai mati. Bukan kah begitu tuan-tuan.

Berapakah belanja bulanan tuan-tuan? RM3,000? RM5,000? 

Ini untuk middle class lah.


Kalau tuan-tuan dalam B40 group, lagi susah.  
Belanja bulan kurang daripada RM2,000 sebulan kut.

Tuan-tuan kena bayar cukai juga. Mesti kena bayar cukai kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri dsbnya. 

Lepas itu harga barang pula tinggi. Sabsidi minyak akan dihapuskan. Harga minyak akan naik lagi. (Saya bukan tak setuju sabsidi minyak dihapuskan, saya setuju, tetapi mesti ada compensating factor. Harga kereta kena turun juga. Cukai duti impot kereta kena turun juga.) 

Anyway, duit tuan-tuan lah RM20 juta yang sekarang sudah dilabur  dalam syarikat kereta terbang itu.  Ini PAC yang kata (bukan saya cakap tau, jangan marah saya).

Bayangkan RM20 juta. 

Boleh settle housing loan tuan-tuan katakanlah RM500,000.

Boleh settle car loan tuan-tuan katakanlah RM50,000.
Boleh settle credit card tuan-tuan katakanlah RM5,000.
Boleh bayar duit university untuk kesemua anak-anak tuan-tuan (local u atau university overseas).
Tak sampai RM1 Juta pun.

Lepas itu ada duit lebih lagi RM19 Juta.  

Tapi tuan-tuan tak dapat apa pun.
You are not rich or connected or powerful. 

Tapi ini bukan penghabisan ceritanya. 
This is not the end of the story.

Al kisah yang paling penting ialah - ke mana pergi duit RM20 juta?

Kereta terbang masih belum siap. 

Menteri kata akan siap, spare part akan sampai, teknoloji akan tiba dsbnya.

Tapi kereta terbang masih tak siap.

PAC kata MIGHT sudah labur RM20 Juta.
Ke mana perginya duit RM20 juta itu?

(Hari itu mereka bawa masuk E-Hang drone tetapi Civil Aviation kata tak ada permit untuk test flight pun. Siapa bayar duit untuk bawa masuk drone Cina jenis E Hang itu? Duit siapa pula diguna itu? Dan berapa banyak duit yang mereka bayar untuk bawa masuk drone E Hang itu? Duit siapa yang dibayar itu? Menteri perlu jawab soalan ini.)

Inilah soalan yang paling besar.

What happened to the RM20 Juta?

Cik Latheefah Koya - your radar should be picking this up now. 

Cik Latheefah - ask who paid for that E-Hang drone that was NOT allowed to fly the other day. That would have cost a lot of money.  So who paid for it?



Ulasan Shahbudin Husin

Kenapa seorang menteri berani buat begini?
Tidakkah ini suatu perbuatan menipu kerajaan dan rakyat?
Sudahlah begitu, kereta terbang yang cuba diperkenalkan itu pula bukanlah kereta terbang dalam erti kata sebenar, tetapi hanya dron yang diambil daripada China.
Tidakkah pelik, China mencipta dron tersebut, tetapi Malaysia mengambilnya untuk dijadikan kononnya sebuah kereta terbang?
China yang lebih maju pun belum ada kereta terbang, tetapi Menteri Pembangunan Usahawan yang separuh masak terlebih berangan-angan kononnya kereta terbang boleh memendekkan perjalanan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hanya memakan masa selama dua jam.
Sebelum kerajaan PH lebih dicemuh dengan perangai beliau yang memalukan ini, eloklah jawatan menterinya “diterbangkan” dengan segera.
Lihatnya di media sosial, semua orang mencemuh dan menempelaknya dengan projek kereta terbang itu yang dianggap tidak praktikal serta tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Lagi pun sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan sepatutnya buatlah banyak usaha untuk membantu dan mengembangkan usahawan dalam pelbagai bidang, bukan sibuk dengan kereta terbangnya itu.
Lagi pun Tun Mahathir Mohamad mahu bangunkan projek kereta ketiga negara, mengapa dia pula kecoh dengan kereta terbangnya?
Adakah beliau mahu sabotaj projek kereta ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 28/11/2019)


Kandungan ulasan kedua-dua blogger berkenaan di dalam rencana ini adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia. Ulasan disiarkan tanpa suntingan.


 oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain



Permadu Media

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

  1. Menteri yang Hanya csri publisiti sepertimana saya mencari views

    ReplyDelete
  2. guys kt sini ada agent2 kereta terbang hahah., saya ada jumpa laman web yang sediakan barisan sales advisor proton , saya deal dengan s,a semua memang mudah ,

    https://proton.my/

    boleh lah buat tempahan kereta anda di proton.my

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank