ZAHID HAMIDI JUMPA LAILATUL QADAR DI MEKAH

Cerita Zahid Hamidi Bahasa Melayu
Bekas Timbalan Perdana Menteri menceritakan kisah aneh yang berlaku di tanah suci Mekah

Dr Ahmad Zahid Hamidi,
bekas timbalan perdana menteri

DR AHMAD ZAHID HAMIDI melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat menjalani ibadah umrah di Mekah pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan tahun ini.

Beliau yang sebelum ini pernah mendakwa telah berpuluh kali mengerjakan umrah serta ibadah haji gagal dalam usaha terakhir  untuk mendapatkan pasport antarabangsa miliknya yang kini dipegang pihak berkuasa kerana sedang menghadapi 47 pertuduhan jenayah di mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan juga pengubahan wang haram.

Zahid berkata tahun ini beliau tidak dapat menghabiskan sepuluh malam terakhir Ramadan di Mekah kerana mahkamah enggan memulangkan pasportnya.

"Ketiga-tiga mahkamah tinggi, rayuan dan federal (persekutuan) menolak untuk saya pergi.

"Mungkin lailatul qadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tetapi di Bangi," kata Zahid dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah surau di Bangi hari ini, Sabtu 25 Mei 2019.

18 missed calls

"Pada tahun 2015 ketika saya kerjakan umrah untuk 10 malam terakhir pada malam 25 Ramadan, saya lihat (telefon bimbit saya) ada 18 missed calls.

"Saya telefon balik. Saya tak tahu nombor siapa. Bila saya call saya cakap assalamualaikum, rupa-rupanya bossku (panggilan mesra pengguna media sosial kepada bekas perdana menteri Najib Razak). Dia cakap 'you have to come back now' (awak mesti balik Malaysia sekarang).

"Saya kata saya tak boleh balik sebab nak tunggu malam ke-27 Ramadan. Rupanya dia lantik saya sebagai TPM (timbalan perdana menteri)," katanya dengan kesyukuran.

7 burung tawaf di atas kaabah

Selain itu, Zahid juga menceritakan pengalaman ketika mengerjakan umrah bersama tokoh pimpinan PAS Allahyarham Harun Din, Najib dan isteri.

"Kebetulan lepas sahur, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tun Rahah (ibu Najib), Tun Suhaila (ibu Hishammuddin Hussein), saya dan isteri turun ke dataran kaabah.

Kopiah Zahid Hamidi terpelanting depan kaabah

"Beberapa orang wanita Arab bagi tahu ada 7 ekor burung tawaf di atas kaabah. Ketika itu saya sedang solat hajat. Saya diserbu dari belakang. Kopiah saya terpelanting.

"Dan orang tertumpu ke kaabah ketika itu. Saya tak tahu kerana tak ada signal tentang lailatul qadar.

"Tapi dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku lailatul qadar.

"Pagi tu, subuh, hujan dari Mekah ke Madinah sampai banjir. Sebab keganjilan ini bukan tuhan berikan signal, tuhan nak uji siapa kalangan hamba-hamba yang benar-benar taat," kata Zahid.

Mohd Najib Abdul Razak,
mantan perdana menterì

Pada tahun 2015, Najib melakukan rombakan kabinet dan memberi tekanan dalam siasatan 1MDB termasuk menyingkirkan peguam negara ketika itu.

Antara tindakan dilakukannya ialah menyingkirkan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi.



oleh Fauzi Kadir  •Permadu Malaysia
● 2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar