Surat Mujahid Kepada Nurul Izzah Bermotif Cinta?
Nurul Izzah Anwar, sekelip mata mendapat perhatian ramai (kompilasi foto Zafiyah Hussain) |
BEBERAPA hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan "kisah cinta" antara dua tokoh politik berkalibar - Mujahid Yusof Rawa dan Nurul Izzah Anwar Ibrahim.
Dengan sekelip mata, Mujahid dan Nurul bagaikan bertukar kerjaya, dari ahli politik kepada pasangan bintang filem yang sedang digossipkan.
Nurul dan Mujahid, sepasang pemimpin berwibawa |
Mungkin inilah episod paling manis berlabuhnya tirai 2018 dan hadiah teramat istimewa menyambut 2019 yang bakal menjelma.
Apa yang menarik, Mujahid mempamerkan satu persembahan memukau dengan berkongsi sama perasaan cinta yang mendalam melalui surat terbuka 25 perenggan alam maya berjodol Warkah Dari Cordova. Maka rakyat tidaklah rasa tersisih, malah berpeluang untuk sama-sama meraikannya. Inilah pemimpin berjiwa rakyat.
Nurul dan Mujahid, serasi (gambar ehsan ABULEMAN.COM, kompilasi Zafiyah Hussain) |
Apabila jalinan cinta dilakukan secara senyap-senyap dan penuh rahsia, ianya mungkin dilihat sebagai skandal. Inilah yang berlaku kepada pasangan politik kontroversi, Khairil Khir Johari dan Dyana Sofia di awal hubungan mereka.
Sebaliknya, menjalin hubungan cinta melalui platform politik boleh diraikan sebagai sepasang merpati yang harus dipandang mulia.
Ini bukan madah berhelah Ziana Zain. Ini adalah manifestasi cinta nan tulus. Dari Kekanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah. Tersurat dan tersirat.
Walaupun Mujahid tersuratnya tidak dapat tidur kerana memikirkan perletakan semua jawatan Nurul Izzah kecuali ahli parlimen Permatang Pauh, tersiratnya pula Mujahid mungkin tidur tak lena kerana tidak dapat melupakan senyuman manis wanita idaman. Mujahid sebenarnya dalam kerinduan, keluhan perantau, seperti tajuk lagu evergreen nyanyian Jamal Abdillah, ciptaan Ahmad Nawab.
Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau menteri agama itu dipercayai ikhlas cuba menasihati Nurul agar terus menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang, pengerusi TVET dan semua jawatan yang disandangnya. Mujahid, malah ramai pemimpin dan penyokong yakin dengan kewibawaan anak perempuan presiden PKR itu.
Keikhlasan itu selari dengan unsur berbaur percintaan. Sudah lumrah pasangan kekasih saling menasihati sesama mereka.
Warkah dari Cordova umpama sepucuk surat cinta dari Zainuddin kepada Hayati dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der Wjick, karya Prof Dr Hamka.
Surat tulisan anak lelaki bekas presiden Pas ini telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif dari ribuan netizen di media sosial. Mungkin kerana sentuhan tradisional kekanda dan adinda.
Bekas PM Najib Razak bertanya berapa malam tidak dapat tidur, lalu menasihati Mujahid berdoa kepada Allah supaya diberi ketenangan dan dapat tidur dengan lena. Najib juga menganggap isu ini sebagai drama.
Khairy Jamaluddin pula menciap di tweeter kepada "kekanda Guan Eng" daripada "adinda Khairy." Bekas ketua pemuda Umno itu dipercayai merujuk kepada Mujahid walaupun mesej kepada menteri kewangan itu berkaitan bantuan sara hidup.
Penulis blog terkenal Shahbudin Hussin kurang bersetuju malah bertanya adakah Mujahid cuba "menggatal". Malah dalam satu posting berikutnya, Shahbudin memaparkan tulisan mufti Perlis mengenai penggunaan bahasa di tempat yang salah. Bagaimanapun, Dr Maza menulis secara umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.
Walau apa pun, tiada apa yang salah dalam isu ini. Jika memang ditakdirkan jodoh, mengapa tidak kita mendoakan kebahagiaan mereka.
Jika Mujahid dan Nurul benar-benar menjalin hubungan cinta dan berakhir di jinjang pelamin, rasanya tiada masalah besar untuk timbalan perdana menteri dan bakal perdana menteri kelapan merestuinya. Secara tidak langsung, Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail turut terseret dalam isu ini.
Seandainya benar terjadi, perkahwinan ini sedikitpun tidak akan menjejaskan kedudukan Mujahid sebagai menteri agama. Malah, dengan bantuan Invoke Rafizi Ramli, approval rating terhadap beliau boleh meningkat sekali ganda.
Antara kebaikan perkahwinan Mujahid dan Nurul adalah seperti berikut:
(1) Sebagai menteri agama, Mujahid boleh menjadi contoh terbaik kaedah berpoligami.
(2) Mujahid akan menjadi lebih berwibawa sebagai menteri kerana didampingi srikandi reformasi.
(3) Pakatan Harapan akan menjadi lebih kukuh dengan PKR dan Amanah mungkin menjadi dua parti berkembar.
(4) Dengan sokongan Nurul, menteri agama akan turut memberi fokus kepada perlindungan terhadap wanita dari perspektif Islam.
(5) Gandingan Nurul dan Mujahid dapat mempercepatkan aspirasi Malaysia Baharu.
Menjelang 2019, rakyat jelata sudah bersedia untuk mengucapkan selamat pengantin baharu.
Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 Whatsapp
E-mel permadu@gmail.com
Semua gambar dari kompilasi
Zafiyah Hussain

Najib nasihat Mujahid berdoa kepada Allah |
Bekas PM Najib Razak bertanya berapa malam tidak dapat tidur, lalu menasihati Mujahid berdoa kepada Allah supaya diberi ketenangan dan dapat tidur dengan lena. Najib juga menganggap isu ini sebagai drama.
Adinda Khairy Jamaluddin |
Khairy Jamaluddin pula menciap di tweeter kepada "kekanda Guan Eng" daripada "adinda Khairy." Bekas ketua pemuda Umno itu dipercayai merujuk kepada Mujahid walaupun mesej kepada menteri kewangan itu berkaitan bantuan sara hidup.
Kekanda Lim Guan Eng |
Penulis blog terkenal Shahbudin Hussin kurang bersetuju malah bertanya adakah Mujahid cuba "menggatal". Malah dalam satu posting berikutnya, Shahbudin memaparkan tulisan mufti Perlis mengenai penggunaan bahasa di tempat yang salah. Bagaimanapun, Dr Maza menulis secara umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.
Walau apa pun, tiada apa yang salah dalam isu ini. Jika memang ditakdirkan jodoh, mengapa tidak kita mendoakan kebahagiaan mereka.
Jika Mujahid dan Nurul benar-benar menjalin hubungan cinta dan berakhir di jinjang pelamin, rasanya tiada masalah besar untuk timbalan perdana menteri dan bakal perdana menteri kelapan merestuinya. Secara tidak langsung, Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail turut terseret dalam isu ini.
Nurul Izzah perlu mendapat restu ibubapa, Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah |
Seandainya benar terjadi, perkahwinan ini sedikitpun tidak akan menjejaskan kedudukan Mujahid sebagai menteri agama. Malah, dengan bantuan Invoke Rafizi Ramli, approval rating terhadap beliau boleh meningkat sekali ganda.
Invoke Rafizi Ramli boleh membantu.. |
Antara kebaikan perkahwinan Mujahid dan Nurul adalah seperti berikut:
(1) Sebagai menteri agama, Mujahid boleh menjadi contoh terbaik kaedah berpoligami.
(2) Mujahid akan menjadi lebih berwibawa sebagai menteri kerana didampingi srikandi reformasi.
(3) Pakatan Harapan akan menjadi lebih kukuh dengan PKR dan Amanah mungkin menjadi dua parti berkembar.
(4) Dengan sokongan Nurul, menteri agama akan turut memberi fokus kepada perlindungan terhadap wanita dari perspektif Islam.
(5) Gandingan Nurul dan Mujahid dapat mempercepatkan aspirasi Malaysia Baharu.
Menjelang 2019, rakyat jelata sudah bersedia untuk mengucapkan selamat pengantin baharu.
Oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony/Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 Whatsapp
E-mel permadu@gmail.com
Semua gambar dari kompilasi
Zafiyah Hussain
Merapu kedua,, lagu ni jadi menteri jahanam negara. Elok dua pelanduk serupa. Bertemu jodoh.
ReplyDelete