Selepas dapat pujian melampau, filem Mat Kilau dikritik
Seluruh negara (kecuali Kelantan) kini sedang kecoh dengan orang ramai yang lengkap bertanjak berpusu-pusu membanjiri pawagam kegemaran masing-masing bagi menonton tayangan filem Melayu yang dicanangkan sebagai paling epik dalam sejarah ketika ini – Mat Kilau. Satu adaptasi dari siaran blog Odisi bertarikh 27 Jun 2022 yang merujuk kepada hantaran Facebook Azhan Uthman. Dibintangi oleh Dato Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Yayan Ruhian, filem tersebut dikhabarkan telah berjaya mengutip lebih RM12 juta hanya dalam masa 4 hari! Ramai yang memberikan Mat Kilau ‘5 Bintang’ serta memuji filem arahan Syamsul Yusof tersebut yang dikatakan berjaya mengangkat imej filem Melayu ke tahap yang lebih tinggi walaupun pernah dikritik teruk sebelum ini. Namun di sebalik itu, masih ada juga segelintir yang kurang bersetuju dengan ulasan dan puji-pujian melampau ‘pengkritik’ filem Melayu tersebut yang dianggap sebagai agak keterlaluan. Melalui satu hantaran ...