Adegan-adegan drama menjelang pilihan raya
Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsuddin sebenarnya tiada kaitan dengan tajuk artikel ini. Sebaliknya, kami menyelitkan berita beliau kerana ianya sesuatu yang bermakna menjelang pilihan raya yang semakin hampir.
ZIARAH KASIH SPEAKER DEWAN NEGERI PAHANG ❤️
"Berkesempatan menziarahi dan bertanya khabar dua sahabat perjuangan yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Pahang," kata Mohd Sharkar yang merupakan Speaker Dewan Negeri Pahang.
Baru-baru ini, beliau menziarah YH Dato’ Sri Mohamed Jaafar, bekas ADUN Jenderak (1995–2022) dan YH Dato’ Norazmi Mat Ludin, bekas ADUN Kuala Semantan (2018–2022).
"Pertemuan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi ruang untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta perkembangan semasa demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri," kata pemimpin yang berasal dari Temerloh itu.
"Semoga kedua-dua sahabat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus berbakti kepada masyarakat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Berbalik kepada tajuk artikel ini.
Semakin hampir PRU dan PRN, semakin banyak adegan menarik yang menghiburkan untuk tontonan para pengundi rakyat Malaysia dan berjuta warga asing di negara ini.
Antara adegan-adegan menarik termasuk semua parti politik terlalu prihatin lebih dari biasa, calon menziarah orang sakit di rumah atau hospital, hadir majlis perkahwinan, hadir jika berlaku kematian, mendukung anak kecil pengundi, menghulur barang makanan, bersedekah wang tunai, lebih kerap muncul di khalayak ramai memakai jubah dan kopiah serta berbagai dan beraneka persembahan lagi.
Pendek kata, anda pasti terhibur.
Ini bukan kempen tetapi hiburan malam Jumaat selepas Isyak. Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini.
TONTON👇VIDEO
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organis asi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment