Perang Iran-Amerika/Israel sukar dihentikan — Amerika terlepas pandang
![]() |
| Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global. -Gambar Astro Awani |
Pentadbiran Donald Trump pada awalnya menjangkakan kemenangan pantas dalam konflik di Asia Barat, namun peperangan itu kini terbukti jauh lebih rumit dan kian berlarutan, menurut penganalisis diplomatik.
Seperti dipetik Astro Awani semalam, Ketua Koresponden Diplomatik Eropah The New York Times, Encik Steven Erlanger, berkata kepada Al Jazeera bahawa pegawai tinggi tentera AS telah memberi amaran lebih awal kepada White House mengenai risiko.
“Beliau (Trump) telah diberi amaran oleh Jeneral Cain, Ketua Turus Angkatan Tentera AS, bahawa perang ini boleh menjadi sangat sukar dan berlarutan serta menguji bekalan peluru berpandu pemintas Amerika Syarikat,” katanya.
Menurut Erlanger, pentadbiran AS berkemungkinan besar menjangka konflik ringkas dan tidak menjangka operasi ketenteraan akan berpanjangan sehingga tahap sekarang.
Beliau menambah bahawa Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global.
Analisis itu turut menunjukkan kemungkinan bahawa AS menganggap kempen ketenteraan awal mampu melemahkan kepimpinan Iran dengan cepat dan membuka ruang rundingan.
Namun, perkembangan di medan perang jelas menunjukkan sebaliknya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment