Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Puan Yeo Bee Yin bersama suami, Encik Lee Yeow Seng

Guna dana awam bantu negara lain, di negara sendiri kamu minta rakyat menderma

Sudah jadi kerajaan, tunjuk gelagat macam parti politik miskin

DAP jadi sasaran kritik paling ganas dari portal pro-pembangkang

Dalam sebuah artikel bertarikh semalam, pengkritik lantang kerajaan Madani, MalaysiaNow membelasah DAP habis-habisan secara bersepadu.

Menurut portal berita itu, langkah DAP melancarkan kutipan derma dalam talian untuk mangsa kebakaran di Putra Heights telah menimbulkan kemarahan awam, ketika orang ramai terus mempersoalkan amaun bantuan awal yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana ramai di media sosial membandingkannya dengan kos lencana bendera Malaysia yang diwajibkan ke atas pelajar sekolah, di samping perbelanjaan tinggi lawatan rasmi pemimpin ke luar negara.

Menurut DAP, kempen kutipan derma dalam talian itu akan berjalan seminggu sehingga 8 April, sambil berkata wang yang dikumpulkan akan diagihkan kepada mangsa "berdasarkan kategori kerugian" yang dimuktamadkan.

"Sumbangan ini adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan kerajaan," kata DAP yang turut memberikan butiran akaun bank Maybank milik parti kerajaan itu.

Menghina orang ramai

Ramai menganggap ia seolah-olah "menghina orang ramai" apabila sebuah parti yang mendominasi gabungan pemerintah bertindak mengutip derma awam sedangkan ia boleh sahaja membantu mangsa melalui dana kerajaan.

"Kerajaan meminta derma daripada orang ramai? Derma berjuta-juta untuk bantu negara lain tetapi bila negara sendiri, kamu minta derma," tulis Edmund Chong.

Logan Sivanasen berkata langkah mengumpul derma adalah "tidak wajar" memandangkan kerajaan kini mengutip "pelbagai cukai".

"Janganlah hina kebijaksanaan kami," tulisnya.

Sok Lean Koh mengingatkan DAP bahawa ia merupakan sebahagian daripada kerajaan: "Dah biasa jadi pengemis, lupa yang aku dah jadi kerajaan."

DAP yang mempunyai 40 ahli Parlimen bukan sahaja komponen terbesar dalam Pakatan Harapan, tetapi juga mendominasi parti pemerintah lain dalam kerajaan campuran persekutuan yang turut disertai Barisan Nasional.

Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu mencederakan lebih 100 orang dan memaksa lebih 500 penduduk berpindah, di mana rumah dan kenderaan mereka turut musnah dijilat api.

Polis menganggarkan kira-kira 235 premis dan 400 kenderaan terkesan dengan insiden tersebut.

Sementara itu, pengguna Facebook Phlip Leong menggesa perhatian diberikan kepada penduduk kampung berhampiran lokasi bencana. "Tolong bantu orang kampung yang berlindung di tepi sungai malah ada yang berenang menyeberang ke Jalan Jurutera."

Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong DAP Puan Yeo Bee Yin turut menjadi sasaran kecaman selepas mengumumkan bantuan RM1,000 kepada keluarga dari beberapa kampung berhampiran yang terjejas akibat kebakaran itu.

Yeo berkata wang itu akan diagihkan oleh pejabat parlimennya kepada keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah, terutama mereka yang menanggung "kerugian penuh" harta benda.

Bagaimanapun, amaun itu dianggap terlalu rendah.

"Seluruh rumah berbanding RM1000," kata salah satu komen.

Beberapa komen tampil mempertahankan pemimpin DAP itu melalui akaun yang dipercayai dikendalikan oleh tentera siber.

"Belajar bersyukur," tulis akaun YouTube, @xpnrc, mempertahankan Yeo.

"RM1000? Ini lawak. Kerajaan kita belanja berjuta-juta untuk bola sepak. Tetapi sumbang RM1000 sahaja untuk setiap keluarga. Sekurang-kurangnya 10k lah," tulis seorang pengguna media sosial, yang dibalas serta merta oleh penyokong DAP.

"Ini bukan pampasan. Ahli Parlimen tidak bertanggungjawab atas letupan itu dan ia adalah derma," kata @morbid747 di ruang komen YouTube.

Yeo merupakan isteri kepada ahli perniagaan terkemuka Encik Lee Yeow Seng, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd.

Bapa mentuanya, mendiang Tan Sri Lee Shin Cheng, merupakan pengasas IOI Group Bhd, salah sebuah konglomerat terbesar Malaysia.

Ini bukan kali pertama Yeo mahupun partinya DAP menjadi sasaran kecaman kerana melancarkan kutipan derma.

Tidak sampai sebulan menyertai kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum 2022, parti itu melancarkan kempen kutipan derma dalam talian untuk membantu Yeo dan bekas ahli Parlimen Encik Tony Pua membayar ganti rugi RM350,000, selepas kedua-dua mereka kalah dalam kes saman oleh bekas timbalan menteri MCA, Puan Chew Mei Fun.

Manakala Ahli Parlimen Kepong, Encik Lim Lip Eng turut mengundang kritikan kerana meminta sumbangan orang ramai bagi menyelesaikan saman fitnah RM2 juta kepada MonSpace (M) Sdn Bhd, di mana beliau berjaya mengumpul RM2.25 juta.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Dad and Kids