Majlis antara agama turut hairan kekaburan tindakan Anwar berkaitan pelantikan hakim

Majlis itu juga menambah, masih terdapat persoalan sama ada Anwar telah menyerahkan nama bekas ketua hakim negara Tengku Maimun Tuan Mat, presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan untuk lanjutan enam bulan yang biasanya diberi kepada hakim yang bersara.  

Satu kumpulan antara agama mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merujuk lanjutan tempoh perkhidmatan tiga hakim kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.  

Menurut Malaysiakini, Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) membangkitkan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa prosedur mesti dipatuhi apabila hakim mencapai usia persaraan.  

Bagaimanapun, pertubuhan itu menegaskan bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, seperti yang disebut oleh perdana menteri, tidak mempunyai peranan dalam melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim.  

"Perdana menterilah yang mesti merujuk lanjutan perkhidmatan kepada Yang di-Pertuan Agong," kata MCCBCHST.

Majlis itu juga menambah, masih terdapat persoalan sama ada Anwar telah menyerahkan nama bekas ketua hakim negara Tengku Maimun Tuan Mat, presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan untuk lanjutan enam bulan yang biasanya diberi kepada hakim yang bersara.  

Majlis itu menegaskan bahawa perdana menteri tidak boleh sekadar menggariskan prosedur tanpa mendedahkan sama ada dia telah membuat permohonan lanjutan dan apakah keputusan Agong.

MCCBCHST turut merayu agar penjelasan diberikan mengapa lanjutan tempoh perkhidmatan yang biasa tidak diberikan kepada tiga hakim berkenaan.

Kelmarin,, pendaftar utama Mahkamah Persekutuan menamakan Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim sebagai pemangku Ketua Hakim Negara, yang kemudiannya pada pagi semalam melantik Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zabariah Yusof sebagai pemangku Presiden Mahkamah Rayuan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital