Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

Cik Ummu Atiyyah As'shari, bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), anak kepada pengasas Al Arqam Allahyarham Encik Ashaari Muhammad.
Allahyarham Encik Ashaari Muhammad, pengasas Al Arqam, juga dikenali sebagai Abuya.

Tolak lamaran pimpinan tertinggi GISBH yang tua, gemuk lagi boroi, akhirnya dibogelkan, lalu dirogol, selepas dicucuh api dan dicampak ke dalam kolam, menurut dakwaan sebelah pihak

Siasatan rapi, menyeluruh dan adil dapat merungkai masalah dan teka-teki

Bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), Cik Ummu Atiyyah As'shari mendakwa dirinya dibogelkan, kemudian dirogol! Tidak cukup dengan itu dia juga dicucuh dengan pemetik api serta direjam dalam kolam kerana enggan memuaskan nafsu, demikian menurut laporan media yang hadir di sidang media mangsa dan peguam mereka pada Jumaat, 18 Oktober 2024.

Wanita berusia 41 tahun itu yang juga anak kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Encik Ashaari Muhammad mendakwa dia diperlakukan demikian selepas dipaksa berkahwin dengan seorang pimpinan tertinggi kumpulan berkenaan.

Nabi Muhammad SAW dan Abuya arah kahwin? Mengarut sama sekali.

"Saya dipaksa berkahwin menerusi WhatsApp pada 2015. Arahan perkahwinan itu dikatakan dibuat oleh Rasulullah dan Abuya, sedangkan ayah saya sudah meninggal dunia pada 2010.

"Saya ingin dijadikan isteri keempat dan sememangnya saya tidak mahu kerana dia seorang lelaki tua, boroi dan saya memang jijik serta geli dengannya. Sejurus dapat mesej berkenaan saya lari ke rumah kawan, kejadian ini di Jordan," katanya ketika ditemui di Binjai 8 Premium Soho, Kuala Lumpur pada Jumaat, 18 Oktober 2024.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah barisan peguam daripada Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co.

Tambah Ummu Atiyyah, selepas itu lelaki berkenaan bersama pengikutnya datang ke rumah rakannya dan memaksa dia untuk menyerah diri.

Selepas dipaksa bernikah, wanita itu kemudian dibawa ke Turkiye bagi mengelak dia melarikan diri berikutan mempunyai ramai kenalan di Jordan.

"Di Turkiye saya dicucuh dengan pemetik api kerana enggan bersama dengan lelaki itu. Saya juga direjam dalam kolam, semua ini dilakukan oleh adik saya sendiri yang menjadi pengikut lelaki berkenaan.

Jika betul dakwaan mangsa, memang patut polis bertindak layan GISBH seperti penjenayah

Suasana di sidang media.

"Adik saya kata lepas rejam boleh tak tunjuk badan dan buah dada kepada lelaki itu. Saya terpaksa katakan ya kerana keadaan diri sangat teruk pada masa itu," katanya.

Sejurus dibawa keluar daripada kolam, Ummu Attiyah mendakwa dia dilibas dengan paip getah oleh adiknya sebelum dibawa ke rumah lain.

"Lelaki itu datang kemudian bogelkan saya. Akhirnya dia rogol saya. Di sini saya nak beritahu betapa bernafsunya dia... amat tidak bermaruah.

"Saya kerap melarikan diri ke rumah penduduk tempatan, hingga orang Turkiye mengesyaki sesuatu dan akhirnya saya dibawa mereka ke Indonesia," jelasnya.

Ummu Attiyah berkata selepas tempoh masa tertentu dia akhirnya berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh neneknya.

"Bayangkan... saya anak kepada Abuya (Ashaari Muhammad) pun diperlakukan dengan kejam, apatah lagi orang lain," katanya.

Zoey Bella mendakwa dirinya mangsa.

Sementara itu, seorang lagi bekas pengikut GISBH yang ingin dikenali sebagai Zoey Bella mendakwa dia dipaksa bernikah pada usia 17 tahun tanpa pengetahuan ahli keluarganya, juga pengikut kumpulan berkenaan.

"Saya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang pernah berkahwin dan mempunyai kes pukul isteri. Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya mempunyai 13 orang anak dengan empat daripadanya meninggal dunia.

"Mentaliti mereka, bagi yang merancang perkahwinan ia ibarat membuat kerja Tuhan dengan menghalang Allah daripada memberi anak," katanya

Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa sepanjang perkahwinan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan diketahui pihak atasan.

"Pihak atasan tidak pernah ambil peduli, bukan saya sahaja jadi mangsa keganasan malah semua anak saya juga turut menjadi mangsa.

"Anak yang paling kecil berusia lima bulan juga pernah dihentak ke dinding," katanya, seperti dipetik mStar.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah