Bukan warganegara boleh, rakyat Malaysia sendiri (bukan Bumiputera) tak boleh!
Prof Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM |
PELIK.. SENDIRI BUAT KELIRU, LEPASKAN MASALAH KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG
Dr Azizan Abdul Aziz, Presiden MMA |
Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz berkata UiTM perlu membuat keputusan tersebut demi kepentingan kesihatan penduduk negara ini dan menangani isu kekurangan pakar yang teruk.
“Pakar bedah kardiotoraks adalah salah satu bidang pengkhususan yang paling diperlukan.
“UiTM harus mempertimbangkan cadangan untuk membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada bukan bumiputera,” katanya dalam kenyataan semalam, seperti dilapor Malaysiakini.
Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN |
Mengukuhkan gesaan tersebut, Azizan merujuk laporan yang memetik kenyataan ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, sebagai berkata tiada pindaan undang-undang diperlukan untuk menerima pelajar bukan bumiputera bagi tujuan tersebut.
Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Raja Amin sebagai berkata UiTM bersetuju untuk membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di situ.
“Jika UiTM boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa, kita tidak nampak mengapa ia tidak boleh dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan,” kata Azizan semalam.
Kenyataan Azizan itu dibuat sebagai respons kepada pandangan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin yang kelmarin mengesahkan komitmen institusi itu untuk mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.
Bagaimanapun, Shahrin berkata UiTM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan yang mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas lanjut, Azizan berkata pada masa ini terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara enam bulan hingga setahun untuk menjalani pembedahan.
Malah katanya ada antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan masing-masing.
“Setakat ini, kami tidak fikir kita akan dapat memenuhi sasaran memiliki 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.
“Kita memerlukan UiTM menyokong usaha melahirkan lebih ramai pakar bedah kardiotoraks dengan membukanya kepada semua rakyat Malaysia yang ingin mengkhusus dalam bidang berkenaan.
"Penjagaan kesihatan tidak boleh dipolitikkan,” tegasnya.
UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.
Ia melibatkan pembedahan dan penjagaan penyakit jantung dan paru-paru.
UiTM juga merupakan universiti awam terbesar di negara ini.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment