Hassan Karim tidak setuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong

Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Encik Hassan Abdul Karim menyatakan pendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut "selera dan sentimen peribadi."

Beliau memberitahu portal berkenaan ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada ahli parlimen pembangkang dan kerajaan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam titah baginda semasa perasmian persidangan baru Dewan Rakyat semalam, baginda bertitah semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

"Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.

Hassan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak.

“Agong tidak boleh tak layan jika benar-benar wujud keadaan seperti dinyatakan di dalam perlembagaan seperti yang ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana pihak pembangkang berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk bentuk kerajaan baru.

"Adalah sah dan legitimate (absah) jika kerajaan yang ada tetapi hilang legitimacy (keabsahan) maka pembangkang berusaha secara perlembagaan, mengikut undang-undang dan demokratik menggantikan kerajaan penyandang yang telah hilang sokongan.

"Agong kena ikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya ikut selera dan sentimen peribadi," kata Hassan.

Hassan berkata bahawa adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan untuk kerajaan yang telah kehilangan sokongan dan keabsahan untuk memerintah dibenarkan terus menjadi kerajaan sehingga tamat penggal pilihan raya.

“Perlembagaan Persekutuan tidak ada kata bahawa sesuatu kerajaan yang dibentuk selepas satu pilihanraya akan tetap kekal sehingga tamat tempoh lima tahun iaitu sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Agong juga seperti ahli-ahli politik kena patuh dan hormati Perlembagaan Persekutuan.Perkara yang tidak ada di dalam perlembagaan tidak boleh diada-adakan sesuka hati. Yang boleh meminda perlembagaan hanya satu badan sahaja iaitu Parlimen," katanya.

“(Dalam perkara) ini, Agong telah crossed the line (melangkau batas),” katanya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor