Bernikah dengan Muhyiddin, bercinta dengan 'that fellow'

 

SIAPAKAH PENCIPTA TAKTIK BARU INI?

Kalau komuniti kambing diluluskan ROS (singkatan kepada Registrar of Society atau Pendaftar Pertubuhan) menubuhkan parti politik untuk bertanding dalam PRU atau PRK, maka ia tidak akan mencipta rekod baru.

Ini kerana makin hari makin jelas prestasi politik kelas kambing sudahpun dipertontonkan oleh parti-parti politik sedia ada. Justeru, kambing menjadi buntu apa lagi yang boleh mereka persembahkan memandangkan segala kebolehan dan kepakaran mereka sedang dipentaskan para politikus negara.

Ada sahaja alasan stereotaip yang mewajarkan perbuatan mereka mencurangi parti dengan menyokong pengerusi gabungan parti lawan, pada masa sama mengisytiharkan diri mereka tetap setia kepada parti yang dianggotainya.

Namun ini bukanlah taktik yang terlalu baharu. Di zaman Abah Prihatin dan Keluarga Malaysia pun ramai ahli parlimen, khususnya dari UMNO yang membuat keputusan individu, membelakangkan semangat musyawarah pucuk pimpinan parti, demi menyokong perdana menteri-perdana menteri berkenaan.

Bercakap macam orang bodoh, maka kebodohanlah yang bakal memusnahkan diri mereka sendiri. Sebelum mereka menjahanamkan negara, nasib baik rakyat Malaysia lebih bijak menilai.

Perlu diingatkan, rakyat tidak sebahalol mereka yang kurang cerdik. Rakyat lebih bijak menilai. Rakyat lebih cenderung memikirkan masa depan keadaan ekonomi mereka, bukan soal pembangunan kerjaya politik individu.

Langkah taktikal pra-matang ini disyaki dilakukan semenjak penguatkuasaan Akta Lompat Parti yang menghalang katak-katak berprinsip (kalau dah katak) melompat sewenang-wenangnya, dari parti yang membantu mereka menang PRU kepada parti lain yang kelihatan seolah-olah membeli kemenangan itu.

Siapakah pencipta taktik baru ini? Tak ada taktik lain ke? Lebih mencurigakan, sudah tiga orang nikah Muhyiddin, tetapi berkekasih gelapkan 'that fellow', memberi alasan serupa.

Cukup-cukuplah buat skrip drama seperti drama-drama yang dihidangkan stesen TV3 dan stesen-stesen yang sewaktu dengannya.

Lewat semalam, media melaporkan ahli parlimen PN untuk Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk dilaksanakan di parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya," katanya pada satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati parti Bersatu.

"Tetapi demi memastikan parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas Mohd Azizi yang merupakan ketua Bersatu Gua Musang.

"Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa memberkati bumi bertuah ini (Gua Musang) dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan,” katanya lagi.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid seperti Suhaili, menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Sokongan ketiga-tiga ahli parlimen PN ini memberikan kerajaan pimpinan Anwar majoriti dua pertiga.

Semalam, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin malam tadi mengesahkan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan