Fikirkanlah dan nilai sendiri
No 1. Saya menerima mesej berikut daripada seorang guru sekolah. Ikut karya ini anak murid kena bayar duit pelbagai : duit untuk tabung, duit beli bendera, buat poster entah apa lagi. Semua kena bayar duit.
No. 2 Ikut karya berikut pula (daripada seorang ayah kepada seorang anak Darjah Enam di sekolah yang lain) mereka sebut Tabung, pakai mafla (jika ada) tetapi bendera Palestin pula TIDAK DIBENARKAN.
Jadi hanya Tabung saja perlukan duit daripada murid (derma ikhlas kut).
▶️ Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Sekolah
▶️ Murid-murid boleh memakai mafla (jika ada)
▶️ Bendera Palestin *TIDAK DIBENARKAN* dibawa ke sekolah. Terima kasih.
Ulasan Syed Akbar Ali
Ini bukan idea anak murid atau pun kehendak ibu-bapa. Solidariti ini adalah idea Menteri dan Boss dia. Its a stupid idea.
Habis pasal apa pula orang lain terpaksa susah-susah bayar duit tabung, bayar duit beli bendera, bayar duit beli mafla, beli poster dsbnya?
Pasal apa pula sebab awak mula bermimpi seronok-seronok tetapi orang lain pula kena nightmare.
This is your stupid idea. Awaklah belanja duit awak sendiri. Awak ambil lah duit gaji awak berpuluh ribu Ringgit dan bayar kepada Tabung Solidariti itu. Pay your own money. Unlimited stupidity.
Adaptasi dari sebuah artikel terbitan OutSyed The Box bertarikh 30 Oktober 2023, hasil nukilan Syed Akbar Ali.
End©Permadu
Adaptasi oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment