Betul kata OSTB, kita sedang dihidangkan dengan berbagai cerita kartun. Ini satu lagi!
Ini satu lagi....
Tekan lama sedikit untuk tonton video, kemudian tekan Open:
https://vt.tiktok.com/ZSNBwXFAH/
Saya baru lepas menonton video di blog OutSyed The Box (OSTB) mengenai sekumpulan pendemo menggesa Angkatan Tentera Malaysia pergi berjuang membantu Hamas menentang Israel di Gaza, Palestin.
Tontonlah, saya petik dari OSTB siaran hari ini:
Mereka tidak demonstrasi depan Kementerian Pertahanan menyuruh orang lain pula pergi berjihad.
Geng ostard yang demonstrasi depan Kementerian Pertahanan itu tahu perbuatan mereka tidak akan berhasil. Tetapi bukan mereka peduli pun.
Tujuan mereka sebenarnya adalah untuk mencari publisiti murahan dengan cuba memalukan Angkatan Tentera Malaysia sebagai tidak mahu berjihad. Itu adalah fitnah.
Hello brader-brader ostard, pergilah sendiri berjihad bersama Hamas. Kau cuba lah elak peluru dan meriam katak dengan buncit kau itu. Jangan taichi tanggungjawab jihad kau kepada orang lain pula.
Masa zaman para sahabat, tabiin dan tabii tabiin dulu mereka tidak pernah berdemonstrasi depan Kementerian Pertahanan zaman itu menyuruh orang lain pergi berjihad. Mereka pergi sendiri untuk berjihad. Maka ikutlah contoh para salafus-soleh itu yang senantiasa sedia mengorbankan jiwa mereka untuk berjihad.
Tuan-tuan jelas sekali dalam seminggu dua ini sebilangan orang dalam negara kita makin keliru, termasuk Menteri dan guru sekolah.
Dan kekeliruan ini tercetus apabila boss yang pelakon dan oportunis cuba mempermainkan isu Hamas untuk meraih simpati pengundi Melayu. Undi punya pasal.
Persoalan asasnya adakah Hamas berada di landasan yang betul. Saya tak berani komen lebih. Apa yang nyata rakyat Gaza yang tidak berdosa menjadi mangsa. Sudah lebih 6,000 orang terbunuh, termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita yang merupakan orang awam.
Memang Israel zalim sezalim-zalimnya. Tetapi siapa yang menjemput mereka untuk melakukan kezaliman itu? Siapa yang suruh Hamas serang Israel dan tawan sebuah bandar sebelum itu dengan merisikokan penduduk Gaza yang mahukan kedamaian?
Permadu tidak mahu komen lebih, bimbang disalah anggap sebagai pro-Israel pula. Sudah tentu Permadu menyokong dan bersama rakyat Palestin.
Lagipun, Permadu belum memahami sepenuhnya apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir di atas kejadian yang sangat menyedihkan ini.
Pepatah Melayu sudah berpesan, kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan Hamas. Betulkan saya jika terkhilaf.
Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
Comments
Post a Comment