Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Berpadu dalam kerajaan perpaduan, hentam tetap hentam

Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Rafizi Ramli dilihat tidak melakukan sebarang langkah signifikan untuk meningkatkan ekonomi negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi.

Rafizi Ramli

Atas sebab itu, katanya, kini timbul spekulasi mengenai rombakan kabinet yang akan berlaku.

“Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara. Sekurang kurangnya polisi baru ekonomi rakyat. 

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa-biasa. Mesti luar biasa.

“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet," Malaysiakini memetik Puad sebagai menulis dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Mengulas lanjut, katanya, seseorang menteri mesti “luar biasa” untuk mempertahankan kerajaan perpaduan. 

“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

"Rafizi turun, Ringgit naik"

“Jangan nanti rakyat kata Rafizi turun, Ringgit naik,” katanya.

Selain ekonomi yang lesu dan kenaikan harga barangan, Ringgit pula terus jatuh dan mencecah paras RM4.6 berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Meskipun dibidas oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan dan BN, serta daripada pembangkang, Rafizi sekadar berkata dia akan menunggu Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan.

Menurutnya, bank pusat itu mempunyai pandangan jangka panjang mengenai mata wang tempatan, berbanding ahli politik yang mempunyai pandangan jangka pendek.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan berkemungkinan akan memecat menteri dan penjawat awam kanan yang "kurang cekap" dalam satu rombakan besar-besaran.

Bagaimanapun, ketika diminta menghuraikan kenyataannya itu, Anwar menjawab secara sindiran.

“Kalau ada cadangan, sila tulis kepada saya dan saya akan beri pertimbangan yang sebaiknya,” katanya.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar