Risiko kerajaan Madani tumbang semakin menjadi kenyataan


..kecuali pelaksanaan reformasi dilakukan dengan serius

Pengerusi Bersih, Thomas Fann (gambar, bawah) diberitakan berkata ancaman bahawa kerajaan hari ini bakal tumbang semakin hampir menjadi kenyataan tanpa pelaksanaan reformasi. 


Merujuk kepada kenyataan beliau di pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2022 dalam talian di Facebook semalam, Malaysiakini melaporkan Fann sebagai berkata reformasi itu diperlukan bukan sahaja untuk membawa kestabilan politik jangka panjang tetapi juga untuk menghapuskan sebarang tekanan mengenai kemungkinan pertukaran kerajaan.

Fann mengingatkan ini kerana negara kini berada dalam situasi yang sama seperti selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui negara.

“Apabila PH mula membentuk kerajaan pada 2018, jangkaan semua ialah mereka akan mempunyai tempoh empat atau lima tahun untuk membawa pembaharuan institusi yang penting. 

“Tetapi mereka hanya mempunyai 22 bulan (berkuasa).

“Kebimbangan itu masih berterusan hari ini, semata-mata kerana keadaan politik masih agak status quo, seperti pada PRU14. Ada kemungkinan kerajaan ini tidak berkekalan.

“Atas sebab itu (kita lihat) gerakan politik rakan kongsi mereka untuk mendapatkan pengampunan buat (Datuk Seri Mohd) Najib (Tun Abdul Razak) dan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi).

"Semua ini adalah spekulasi dan gerakan di belakang tabir," katanya.

Justeru, Fann menyeru pentadbiran semasa melaksanakan reformasi parlimen yang membolehkan ahli parlimen, baik pelapis kerajaan mahupun pembangkang, memainkan peranan aktif di Parlimen.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran