Kelihatan teruk Anwar dibuli Zahid Hamidi

ANWAR KELIHATAN SEPERTI TERUS MEMBAYAR "TEBUSAN" DENGAN  HARGA YANG MAHAL UNTUK 30 KERUSI BN

TETAPI KITA TIDAK TAHU APA SEBENARNYA SEDANG BERLAKU DI BELAKANG TABIR

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberikan pengampunan diraja, demikian menurut laporan Malaysiakini hari ini. 

Menjelaskan pendapatnya itu, Lim melihat masalah yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih kepada bersifat dalaman daripada luaran.

"Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa UMNO hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan.

"Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan UMNO sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar,” kata Lim pada satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas rasuah berhubung kes SRC International.

TONTON👇VIDEO

Video terbitan FMT bertarikh 15 April 2023

UMNO juga akan menghantar memorandum yang ditandatangani oleh semua 191 pemimpin bahagian parti itu kepada Seri Paduka baginda.

Mengulas lanjut, Lim berkata satu-satunya cara untuk UMNO mengembalikan semula “zaman kegemilangan” itu adalah dengan menerajui penetapan semula negara.

"Saya telah mengatakan bahawa peluang kerajaan perpaduan Anwar untuk bertahan selama lima tahun penuh adalah positif, tetapi ia tidak boleh merosakkan diri sendiri dengan melaksana dasar yang bertentangan dengan nilai teras dan prinsip asas untuk membina negara bangsa Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang disokong oleh empat presiden UMNO yang terawal, seperti usaha untuk memerangi rasuah dan mengembalikan badan kehakiman yang bebas," katanya lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini juga berkata proses pengampunan untuk Najib kini tidak lagi melibatkan prosedur undang-undang, sebaliknya terserah kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang (PH/PKR) Hassan Abdul Karim mendakwa bahawa kerajaan akan berdepan masalah besar jika Najib diberi pengampunan diraja. 


Nota: Perkataan "TEBUSAN" digunakan sebagai meminjam istilah yang digunakan tokoh politik Khairy Jamaluddin menerusi satu persembahan video. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran